Pada tahun lalu, Capital A Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk meneroka kerjasama strategik termasuk dalam perkhidmatan perjalanan, logistik, makanan dan minuman serta program kesetiaan.

Jika dahulu Santan (jenama F&B Capital A) menghidangkan makanan popular dalam penerbangan, kini pengguna perkhidmatan kereta api turut boleh mendapatkannya juga.

Makanan Santan ditawarkan secara rasmi di atas tren KTMB (termasuk ETS) dan perkhidmatan tren khas seperti MySawasdee (KL Sentral ke Hat Yai).

Penumpang Puji KTMB

Ramai warganet yang sudah lama tidak menaiki tren Electric Train Service (ETS) terkejut apabila mendapati makanan di dalam tren kini sudah berbeza.

Menerusi hantaran Threads @karya_diana, beliau memuji kerjasama antara kedua-dua jenama besar untuk membawakan pelbagai menu makanan dan minuman yang menarik ke dalam ETS.

 

View on Threads

 

“Dulu, menu ETS sangat aneh. Honeydew Rice lah, apa lah. Sudahlah tak boleh pilih menu yang kita nak. Sejak berkolaborasi dengan Santan, saya suka!” pujinya.

Pujian tersebut mendapat perhatian pihak Threads @ktmbofficial. Mereka mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh pengguna tersebut.

“Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Kami amat gembira mengetahui bahawa menu baharu ETS telah menjadi pilihan kegemaran anda. Semoga selepas ini setiap perjalanan bukan sahaja lancar, tapi makan pun puas hati,” kongsi KTMB.