Gara-gara tidak puas hati sebuah Tesla menukar lorong, seorang penunggang motosikal terjatuh dirempuh pemandu kereta berkenaan.
Menerusi video dimuat naik X.com @dellidrus, sebuah Tesla berwarna merah menukar lorong dari tengah ke kiri.
Baca Juga:
- Gara-Gara Berhenti Elak Wanita ‘Merajuk’ Berdiri Tengah Lebuhraya, Rider Motosikal Besar Maut Rempuh 4×4
- Lelaki Ini Ubah Suai Tesla Cybertruck Jadi ‘Kedai Kopi Bergerak’ Pertama Di Dunia
- Dakwa Jalan Terlalu Gelap, Pemandu Tesla Rempuh Tembok Perumahan
Ketika menukar lorong itu, kebetulan sebuah motosikal datang dari arah belakang masuk lorong yang sama.
Berang dengan tindakan kereta EV itu, penunggang motosikal dirakam memukul side mirror kereta berkenaan.
Sebagai tindak balas terhadap tindakan penunggang motosikal itu, pemandu Tesla tersebut merempuh penunggang motosikal ke penghadang tepi jalan sehingga jatuh ke atas jalan raya.
Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menyalahkan pemandu Tesla kerana tindakan itu mengundang kecederaan terhadap penunggang motosikal.
Tahu marah. Tengking sudah la. Yg diketuknya side mirror orang tu buat apa. Sendiri pun ada salah gak. Memang mendapat ah
— #berakmeniarap (@ahmadtirmizi_) May 13, 2024
1. Tesla bodoh juga, belakang motor tengah mari ko pula signal terus masuk lan kiri.
2. Motor ko pun sama juga, potong sudahlah, kenapa nak pecahkan side mirror kereta tesla?-kesimpulan, dua dua bersalah
— Yumi 🕊 (@kaiyumi42) May 13, 2024
Pada masa sama ada netizen berpendapat insiden itu berpunca daripada penunggang motosikal — dengan memukul side mirror kereta berkenaan terlebih dahulu.
Sementara itu pemilik video dashcam menjelaskan dia tidak mengetahui apa terjadi kepada penunggang motosikal kerana dia sudah beredar dari tempat kejadian.