Jika anda peminat tegar cerita cinta dan mencari filem Melayu yang mempunyai kisah cinta yang hebat, ‘Pulang’ adalah filem yang wajib anda tonton. Kisah cinta antara Othman dan Thom dibawa ke layar perak oleh pengarah tersohor tanah air, Kabir Bhatia sudah mula ditayangkan sejak 26 Julai 2018 yang lalu.

Menarik tentang filem Pulang ini adalah ianya berdasarkan kisah sebenar antara dua insan bercinta satu ketika dahulu. Pulang akan mengajar anda erti penantian, di mana satu pihak terpaksa menunggu insan yang disayanginya hari demi hari tanpa mengetahui bila kekasih hatinya akan pulang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Puteri Aishah (Thom) dan Remy Ishak (Othman) menjadi nadi filem Pulang ini. Othman adalah seorang nelayan yang mahu mencuba cabaran baharu dengan menjadi seorang sailor (pengembara) dan walaupun berat, Thom terpaksa melepaskan Othman pergi.

Hari bertukar-hari. Minggu bertukar minggu. Tahun bertukar tahun. Othman pergi menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan namun ianya satu penantian yang menyeksakan buat Thom.

Pulang bakal menceritakan kisah yang sangat menyentuh perasaan antara sepasang suami isteri di mana si isteri setia menanti kepulangan si suami. Zaman dahulu tiada medium untuk kita bertanya khabar seperti sekarang ini. Jadi anda dapat merasa sendiri kepahitan hidup serta kesukaran untuk berkomunikasi satu ketika dahulu.

Kabir Bhatia semestinya akan mengambil berat tentang shot sinematografi dan tidak terlepas juga untuk filem ini. Anda akan dapat rasa ‘trademark’ filem Kabir dalam filem Pulang ini.

Family-Potrait-1 pulang. JPG

Pemilihan pelakon penting dalam setiap filem dan kehebatan Remy Ishak membawa watak Othman tidak perlu disangkalkan lagi. Puteri Aisyah mencuri tumpuan kerana ini adalah filem layar peraknya yang pertama dan kredit harus diberi kerana Aisyah berjaya membawa watak Thom dengan sangat baik.

Adegan Thom ke Hong Kong untuk mencari suami tercinta adalah adegan yang pada kami menarik dan Puteri Aisyah berjaya menjiwai wataknya yang sarat dengan emosi serta beliau tidak kaku dan try hard dalam melakonkan watak Thom.

Pulang 5

Kami memberikan rating 8/10 bintang untuk filem ini. Filem ini ada kekurangannya dari segi teknikal tetapi jalan ceritanya yang mantap berjaya menutup kekurangan filem ini. Kami tidak mahu komen tentang CGI filem ini kerana dengan bajet produksi filem ini, ianya sudah memadai. Jangan buat perbandingan dengan filem Hollywood. Bajet untuk setiap filem mereka biasanya cecah puluhan juta dolar.

Bagi kami ia satu naskah terhebat dan jika dibandingkan dengan filem Ayat- ayat Cinta 2, kami memlilih filem ini. Kepada yang belum menonton, silalah menonton filem ini di pawagam berdekatan anda. Amaran, mata anda mungkin berkaca selepas menonton filem ini.