Lembaga Penapis Filem (LPF) memaklumkan kandungan filem Pulau adalah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.

Selepas isu berbangkit apabila treler Pulau ditayangkan dan menjadi bualan hangat, LPF dalam satu kenyataan semalam juga memaklumkan bahawa kandungan treler yang ditayang secara dalam talian adalah di luar bidang kuasa LPF.

Baca Juga:

Memetik laporan, LPF turut menyatakan pihaknya peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010 yang merangkumi aspek-aspek seperti keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosiobudaya; serta ketertiban dan ketatasusilaan; sebelum mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan dan bahan publisiti filem.

Filem Pulau mengeluarkan treler baru-baru ini dikecam teruk kerana kandungannya dikatakan berunsur lucah dan banyak adegan yang panas.

Walau bagaimanapun, LPS sudah membuat kenyataan bahawa filem tersebut bukan filem porno dan terdapat perbezaan antara kandungan treler filem Pulau yang dikongsikan di media sosial dengan kandungan dikemukakan untuk penapisan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga berpendapat treler filem Pulau tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia.