Memang tidak dinafikan filem hantu daripada negara jiran berjaya membuatkan kita selalu merasa ‘wow’. Genre seram sering mendapat perhatian ramai dek kerana elemen kejutan  yang dipaparkan mampu membuatkan kita terkejut serta tidak sabar melihat babak-babak seterusnya.

Namun, kini mula timbul pertikaian di kalangan warga tempatan apabila terlalu banyak filem berunsur ibadah Islam yang dibawakan oleh pengarah daripada Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas filem Makmum, satu filem baharu berjudul Munkar menerima reaksi sedemikian kerana highlight perlakuan solat dengan kewujudan beberapa entiti pada posternya.

Salah seorang pengguna X berkongsi pendapat bahawa beliau meminati filem seram Indonesia namun tidak menyokong idea seram dengan unsur ibadah solat kerana menanam perasaan yang salah untuk menunaikan solat di samping mengganggu khusyuk mereka.

Sementara itu, seorang lagi pengguna maya lain yang turut tidak faham mengapa filem seram mesti dikaitkan dengan solat meskipun terdapat sejumlah elemen lain yang boleh dipilih. Solat sepatutnya menjadi tempat selamat dan selesa untuk bertemu dengan Sang Pencipta.

Tetapi fikiran kita akan lebih terganggu apabila dimomokkan dengan entiti seram yang ditayangkan di dalam filem. Malah, babak solat ini juga sebenarnya tidak boleh dilakonkan menurut hujah penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus di dalam sebuah video.

Tidak hanya di Malaysia, warga maya di negara berkenaan juga mengecam tindakan pihak produksi yang dilihat sengaja memainkan sentimen agama di dalam filem agar lebih mudah dipasarkan.

Malah, ramai berpendapat bahawa mereka merasa bosan dengan filem seram yang sering membawa sentimen ibadah dan tidak kurang dengan babak tidak senonoh yang turut diselitkan secara sengaja.

Jadi, sebahagian individu pilih untuk tolak menonton filem sebegini kerana merasakan boleh merosakkan akidah dan dilihat seperti mempergunakan agama demi wang semata-mata.