Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyatakan usaha mewujudkan surau Solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara mendapat maklum balas yang amat positif.

Menurut Dr. Zulkifli, beberapa buah negeri telah pun menyatakan minat untuk melaksanakan program ini, petik Harian Metro.

Walau bagaimanapun, perincian lanjut masih belum boleh dikongsi memandangkan ia masih di peringkat perbincangan awal.

Wilayah Persekutuan Jadi Perintis

Setakat ini, pelaksanaan inisiatif tersebut tertumpu di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan:

  • – JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)

– MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)

“Kita sudah melaksanakannya di beberapa lokasi strategik seperti pusat beli-belah IOI City Mall, Alamanda, KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur), dan yang terbaharu di Menara Merdeka 118,” kata beliau.

Bukan Sekadar Ibadah, Malah Lonjak Perniagaan

Menariknya, Dr. Zulkifli berkongsi bahawa kewujudan surau Jumaat ini memberikan situasi menang-menang (win-win) kepada pengurusan premis komersial.

Ia bukan sahaja memudahkan urusan ibadah, malah membawa limpahan ekonomi yang ketara.

Peningkatan Pengunjung: Pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan solat Jumaat dikesan semakin laris dan dikunjungi lebih ramai orang.

Permintaan Meningkat: Disebabkan impak positif ini, banyak pihak pengurusan pusat beli-belah mula menghubungi pihak berkuasa agama untuk meneliti potensi mewujudkan surau Jumaat di premis mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Multaqa Madani Ulama’ dan Umara’ (MMUU) Peringkat Zon Utara di Masjid Timah, Permatang Pauh.

Sumber