Pada awal minggu ini tular berita mengenai negeri Terengganu mengenakan hukuman denda ke atas mana-mana lelaki yang ponteng Solat Jumaat tanpa alasan munasabah.
Berita itu mendapat perhatian warganet. Masing-masing mempunyai pendapat peribadi sama ada menyokong, atau mempersoalkannya tindakan mendenda tersebut.
Baca Juga:
- Ponteng Solat Jumaat Di Terengganu, Boleh Didenda RM3,000, Penjara 2 Tahun

- Pertama Di Malaysia, Pengunjung Kini Boleh Tunai Solat Jumaat Di Surau R&R Seremban

- Boleh Solat Jumaat Di IOI City Mall Mulai 6 September Ini

Salah seorang individu penting jenama burger tempatan berkongsi komen peribadinya, dan telah mengundang kemarahan warganet.
Muslim men in Terengganu who skip Friday prayers without valid reasons now face fines of up to RM3,000 or two years’ jail under amendments to the Syariah Criminal Offences Enactment.
Enforcement will be imposed as a last resort if mosque reminders are ignored.
🧵1 https://t.co/udS2CUYvaJ pic.twitter.com/eFpq1hjdEn
— BFM News (@NewsBFM) August 20, 2025
“Perlahan-lahan tapi pasti Malaysia akan diambil alih oleh ekstremis. Kita akan jadi seperti Iran selepas revolusi. Apa yang berlaku hari ini, dan itu pasti menakutkan orang ramai,” katanya.
Komen pendek itu menyebabkan warganet marah, memintanya untuk tidak masuk campur dalam hal urusan tersebut yang hanya berkait dengan penganut agama Islam.
Sedar atas kelanjuran komennya, individu itu tampil meminta maaf atas kekhilafannya.
“Saya memohon maaf dengan sepenuh hati atas kata-kata yang telah saya lontarkan dan atas kesan yang menyakitkan, khususnya kepada komuniti Muslim. Kata-kata tersebut tidak wajar dan saya mengambil tanggungjawab penuh terhadapnya.
“Nilai yang saya pegang berteraskan rasa hormat serta keterangkuman, namun dalam hal ini saya telah gagal mencerminkannya. Saya amat menghargai sekiranya diberikan ruang untuk mendengar pandangan daripada mereka yang sudi berkongsi, agar saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan berusaha membina kembali kepercayaan yang telah terjejas.
Tambahnya lagi, hantaran komen asal telah dipadam untuk mengelak perkara berpanjangan.
“Saya telah memadamkan hantaran tersebut, bukan untuk lari daripada kesilapan saya, tetapi kerana saya tidak mahu menambah lagi rasa sakit hati atau kemarahan sesiapa,” katanya.
Walaupun sudah meminta maaf, warganet masih mengajak orang ramai untuk memboikot bisnes burger tempatan tersebut.