Pusingan akhir KL Fight League bersedia untuk mempamerkan persembahan cemerlang sukan Muay Thai yang belum pernah berlaku sebelum ini pada 6-7 Disember 2024, di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Kejohanan terulung ini menghimpunkan pejuang elit dari Malaysia, Thailand dan rantau antarabangsa, menjanjikan dua malam pertarungan yang sengit merentas pelbagai kategori termasuk bahagian Pro Super Fight, Amatur dan Liga Profesional.

Baca Juga:

Satu inisiatif unik diambil Kementerian Pendidikan akan menawarkan mata kokurikulum kepada pelajar yang menghadiri acara itu, menggalakkan penglibatan golongan belia dengan seni mempertahankan diri sekaligus cemerlang dalam bidang sukan.

KL Fight League
KL Fight League 2024

Muhammad Ayub, jurucakap KL Fight League, menyatakan, “Ini lebih daripada satu kejohanan. Ia adalah perayaan disiplin, kemahiran, dan warisan seni mempertahankan diri yang kaya di Asia Tenggara,” katanya.

KL Fight League mendapat sokongan dari pelbagai pihak seperti⁠Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai, Majlis Muay Thai Sedunia dan Persatuan Muay Thai Malaysia.

Selain itu, bada kerajaan turut memberikan sokongan seperti ⁠Kementerian Belia dan Sukan, ⁠Kementerian Pendidikan, Rakan Muda, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tiket berharga RM25 dikenakan untuk menonton semua acara dari pagi hingga malam, dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun diberikan kemasukan percuma. Pembayaran tiket hanya diperlukan pada hari Sabtu dan Ahad.

Secara keseluruhannya, sembilan pertarungan dalam pelbagai kategori berat dari 51kg hingga 70kg akan berlangsung sepanjang kejohanan ini. Pertarungan akhir ini dijangka menarik perhatian ramai peminat sukan Muay Thai tempatan.