Puteri Balqis tampil membidas Mia Sara secara terbuka menerusi hantaran Instagram miliknya.
Puteri Balqis menganggap Mia Sara sebagai ‘over’ di hadapan wartawan. Menurutnya, Mia Sara dan seorang lagi rakannya sudah biasa mempergunakan wartawan dan penulis blog untuk agenda mereka.
Puteri Balqis tak pernah lupa
“Kau menangis beria depan wartawan. Beria kau cerita kau banyak kelebihan yang orang tak tau. Kau dengan kawan kau sekor lagi sama je. Gunakan wartawan dan blog,” tulis Puteri Balqis.
Dia menambah: “Ada kau pikir perasaan mak aku, mental health mak aku waktu kau malukan dia in public?
“Di ‘public’ kau komen mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku.
“Kau ‘like’ komen yang hina aku dan mak aku. Untuk apa kau buat semua tu?
“Manager kau, geng kau, Melaka Boy hina mak aku dalam twitter terang terangan. Last ayat ‘Kita siasat’. Ingat?
“Beberapa minit lepas hina mak aku dalam twitter, Melaka Boy DM mak aku, kenakan mak aku dengan ayat nak jumpa, nak bagi aku job. Perangkap mak aku cukup-cukup. Cuba kenakan mak aku cukup-cukup.

“Kalaulah mak aku pergi bawak aku waktu tu, apa jadi dgn kami berdua?
“Tak ada siapa tahu apa jadi belakang kamera.
“Yang blog akan ambil, buruk kami tanpa tahu itu semua kerja geng kau, Melaka Boy.
“Kau ingat aku lupa? Kau ingat aku bodoh? Kalau kau lupa macam mana geng kau cuba perangkap mak aku dengan guna nama aku, aku ingtkan balik.
“Kami diam bertahun. Tak ada seorang pun tahu. Kau, bapak kau, pengurus kau bodek artis-artis nama besar untuk naik.
“Kau dan geng kau tak perlu buat kerja kotor belakang kamera.
“Semua orang tau family kami teruk. Family kami kucar kacir, huru hara, bertatu satu badan. Tapi tak perlu khianat family kami dalam diam.
“Sekarang kau, yang rasa kau hebat, kawan-kawan kau yang ramai tu, Melaka Boy kau yang banyak connection dengan artis-artis besar tu, macam biasa boleh call wartawan, boleh gunakan wartawan dan blog utk backup diri. Dipersilakan.
“Dan seperti biasa, jangan lupa open bottle ramai-ramai kat club, gelak ramai-ramai bila geng kau menang. Dan kembali bercerita tentang agama bila post dalam media sosial.
“Boleh ajak aku sekali. Sebab family aku kurang didikan agama.”