Puteri Balqis tampil mempertahankan ayah tirinya, yang dituduh sebagai penagih kerana cara memegang ‘lighter’.

Balqis mencabar individu tersebut untuk membuat laporan polis ke atas ayah tirinya, jika yakin bahawa ayah tirinya seorang penagih.

Puteri Balqis berkataa: “Kau rilek je bang. Lighter tu kami beli beberapa hari sebelum birthday apak.

“Family kami semua memang smoker. Memang kami memerlukan banyak lighter dan rokok. Untuk hadap haters bangang macam abang.

“Ada polis bang. Pegi buat laporan polis tentang ayah tiri saya. Kawasan elite tak elite, polis tetap akan datang serbu. Berlambak je polis serbu kawasan elite,” kata Puteri Balqis.

'Kau Rileks Bang', Puteri Balqis Nafi Ayah Tiri Penagih

Puteri Balqis benar benar kecewa apabila ayah tirinya mulai menjadi mangsa fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dia berkata: “Sekarang ayah tiri aku pulak dituduh penagih. Benda yang sama kena pada mak aku dulu.

“Dan semua yg tuduh ayah tiri aku penagih, semua memang mengaku menagih. Ataupun ayat-ayat kitorang kenal sangat cara penagih.

“Sebelum ada yang ragu, termakan hasutan haters, menuduh Farris memang penagih secara terbuka atau belakang.

“Sebelum Farris dijadikan kambing hitam sama seperti apa yang mak aku tanggung bertahun-tahun, aku clearkan kat sini.

Puteri Balqis
Foto: Instagram Puteri Balqis

“Ayah tiri aku, Farris. Dia hari2 bekerja sahaja. Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk ward, Farris akan jaga sepenuhnya mak aku.

“Team aku yang lain akan ambil alih kerja Farris. Kat set shooting, kalau artis dan crew ajak dia hisap dadah, dia akan senyum, dia tolak, dan terus blah.

“Sebijik macam apa yang mak aku buat dulu. Tolak, senyum, blah.

“Pada haters, sila sampaikan pada ketua anda. Soalan paling simple abad ini dari kami,

“Bukti?

“Takkan tiba kat family kami tak perlu bukti? Takkan tiba kat family kami: ‘Alah tgok pun tau’

“Benda simple. Pegi cari [bukti]. Aku bagi korang kerja. Kerja overtime.

“Steady Apak. Jom carik duit.”

Balqis
Foto: IG Putri Balqis