Pelakon jelita, Puteri Sarah memberi bayangan suaminya, Syamsul Yusof sudah berkahwin dengan Ira Kazar, sekaligus ‘menjawab’ gosip sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi Instagram Story milik Puteri Sarah, dia seolah-olah menyindir mengenai Syamsul dan perampas suaminya, Ira Kazar.
Baca Juga:
- ‘Dengar Ceramah Pendek Setiap Pagi’ – Puteri Sarah Kongsi Cara Dia Bertenang Dan Cari Kekuatan Diri
- ‘Lawan Tetap Lawan’ – Puteri Sarah Enggan Diam Diri Dan Mahu Ira Kazar Dikenakan Tindakan
- Munafik 2 Jadi Mangsa Cetak Rompak, Syamsul Yusof Beri Amaran Keras
“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti,” tulisnya di Instagram Story miliknya.
“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan gambaran yang jelas mengenai ‘drama’ rumah tangganya yang berlaku sebelum ini.
Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan kecurangan itu berlaku sebelum dia melahirkan Sumayyah dan menasihatkan untuk memilih orang sekeliling dengan bijak kerana ada masanya orang sekeliling boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi.
“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” katanya.
Memetik laporan, ditanya mengenai gosip mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira tanpa pengetahuannya, Puteri Sarah hanya ketawa di hujung talian seolah-olah sudah mengetahui perkara sebenar.
“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak menjawabnya.
“Lebih sesuai empunya diri buat penjelasan dan pengumuman,” katanya ringkas.
Selain itu, Puteri Sarah turut mengatakan hantaran itu ditujukan kepada “Siapa makan cili, dialah rasa pedas,” ujarnya semasa dihubungi sumber.
Bagi Puteri Sarah, dia tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai rumah tangganya namun masih berharap ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.
Tambahnya, dia redha dengan dugaan dan kuasa Allah yang diberi kepadanya. Malah, bersedia untuk meneruskan kehidupan dan enggan menoleh kebelakang lagi.
Sementara itu, dia berharap agar mendapat sinar kebahagiaan walau apa juga keputusan dipilih sempena tahun baharu.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam berusia 5 tahun manakala Sumayyah berusia 3 tahun.