Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini boleh dikatakan ‘Hari Raya Paling Kalut’ yang pernah dilalui oleh rakyat Malaysia selepas pengumuman mengejut dibuat di layar televisyen pada 1 Mei baru-baru ini.
Kekalutan itu turut melarat ke jalan raya apabila orang ramai terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas luar biasa sehingga ada yang berada di atas jalan raya lebih 10 jam untuk sampai ke destinasi.
Lebih membuatkan orang ramai ‘panik’ apabila ada stesen minyak kehabisan petrol RON 95 sehingga menyebabkan banyak kenderaan tersadai di tepi jalan akibat kehabisan minyak.
Minyak tak ada. Air tak ada. Kedai makan tutup awal sebab barang habis. Ada laki bini sampai bergaduh tepi jalan sebab jalan jem š pic.twitter.com/K3R2mTsTvr
— Shasya Edora š²š¾šŗ (@shasyaedora) May 6, 2022
Tambah orang ramai lagi, bahkan ada mesin ATM kehabisan wang tunai sehingga menyukarkan proses mengisi minyak kerana mesin pam minyak tidak mempunyai slot pembayaran menggunakan kad.
Menurut orang ramai, kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan permintaan minyak pada musim perayaan pada kali ini melebihi jumlah yang biasa disediakan semasa musim perayaan sebelum COVID-19 melanda dunia.
Ditambah pula dengan kesesakan jalan raya telah menyebabkan timingĀ lori tangki minyak terjejas untuk sampai ke stesen minyak mengikut masa dijangkakan.
Semalam bukan minyak saja habis. Dari jerteh sampai setiu atm habis duit. š Nak isi minyak, slot card tiada. š.
Keluar pagi tadi pukul 7AM, sampai KL pukul 1130AM.
— Azman Jual Sewa Rumah (@azmdae) May 6, 2022
Air xde š„²š„² pic.twitter.com/cFwIU41e5K
— ā ļøā¦Ā»SAKURA SOUĀ«ā„ļøā£ā¢ (@akmal_kkairz) May 6, 2022
Semalam berhenti stesen minyak, tinggal minyak 97 je.Masjid2 byk air takde.Surau2 ada lagi air.Semalam jem teruk luar biasa dr jerteh sampai KT. Kami pusing cari jln kg. Hari ni worse.Dgr di radio tadi, pemanggil dri kelantan nk ke N9, kt teganu saje jem 8 jam.
— hsummer (@shoutSummer) May 6, 2022
https://twitter.com/penputih22/status/1522557811565412354?s=20&t=jz2lpyTLGW6FL2uP7jvU1Q
Orang ramai juga turut mendakwa banyak tempat kehabisan bekalan air termasuklah di kawasan masjid dan kedai makan di kawasan berhampiran mereka.
Bagi sesiapa dalam perjalanan pulang ke kampung atau dari kampung, kami sarankan semua pihak menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps supaya dapat merancang perjalanan anda sebaiknya.
Semoga orang ramai dipermudahkan urusan dan selamat sampai ke destinasi-destinasi yang ingin dituju.
Sementara itu anda boleh baca reaksi-reaksi orang ramai selepas Hari Raya Aidilfitri diumumkan sehari lebih awal dari dijadualkan dalam kalendar.
āHari Raya Paling Kalutā – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal
āKalau Jumpa, Gua Rembat Luā – Joe Flizzow Larang Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers
āHari Raya Yang Menyedihkanā – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate