Warga Singapura nyata kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menurut mereka ‘kedekut’ mengenai minyak petrol.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

Baca Juga:

“Ini penurunan yang agak tinggi melibatkan kos kepada pemerintah. Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.

Warga Singapura
Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

“Ia tidak melibatkan warga asing. Hanya untuk wagranegara yang guna MyKad, dia dapat RM1.99 seliter.

“Yang lain kena bayar harga pasaran, warga asing, kenderaan asing tetap kena guna harga pasaran,” katanya.

Warga Singapura Marah Dengan Malaysia

Perkara ini nyata menimbulkan kemarahan beberapa rakyat Singapura di laman media sosial.

“Kami warga Singapura menyediakan pekerjaan untuk rakyat Malaysia, tapi kamu terlalu tamak dan tidak mahu berkongsi minyak petrol.

“Ini menunjukkan mentaliti sebenar rakyat Malaysia. Sebab itulah kamu ketinggalan di belakang kami,” tulis seorang pengguna laman X.

Warga Singapura
Sumber Gambar: Kosmo

Kenyataan ini nyata mendapat sambutan kurang senang dari rakyat Malaysia di laman X.

“Kamu datang ke Malaysia dan mencuri minyak kami macam kamu lebih istimewa berbanding yang lain,” tulis seorang pengguna.