Bekas pemain skuad kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan mengkritik pengadil dalam saingan Liga 1 Indonesia dengan mengatakan mereka sebagai tidak masuk akal.

Ini berikutan satu kejadian yang berlaku terhadap dirinya ketika perlawanan antara Bhayangkara menentang Arema dimana pengadil memberikan sepakan percuma kepada pemain lawan sedangkan beliau sedang melindungi bola yang dimenanginya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Nainggolan kemudiannya mempertahankan bola dan ada pemain Arema iaitu Arkhan Fikri jatuh apabila melanggar bekas pemain Inter Milan itu.

Radja Nainggolan
Sumber Gambar: Bhayangkara

Akan tetapi, pengadil menyalahkan Nainggolan sekaligus memberikan sepakan percuma kepada Arema, yang mana menurut beliau satu tindakan yang tidak masuk akal.

Menerusi laman media sosial miliknya, pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya mengkritik pengadil dimana beliau menulis keputusan itu tidak boleh diterima.

Sebagai pemain yang pernah beraksi di peringkat tertinggi, beliau nyata terkejut dengan beberapa keputusan kontroversi yang dilakukan oleh pengadil.

Selain Radja Nainggolan, bekas ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak juga pernah membuat kritikan dimana beliau menyifatkan peraturan dalam Liga Indonesia cukup melucukan dan tidak profesional apabila salah seorang pemainnya dilarang beraksi pada hari perlawanan.

Ianya terjadi selepas kelab itu menerima surat daripada Jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) beberapa jam sebelum perlawanan yang menyatakan pemain import mereka, Nick Kuipers tidak dibenarkan beraksi.

“Ini adalah sesuatu yang sangat lucu sepanjang 30 tahun dalam karier bola sepak. Saya tak pernah mengalami situasi seperti ini di hari perlawanan. PSSI mengirimkan surat mengatakan ada satu pemain yang boleh beraksi dan ada pemain lain yang tidak boleh beraksi.

“Ini hal yang lucu dan tidak profesional, jadi ini tentunya perlu diubah kerana mungkin orang tidak faham apakah kesan keputusan seperti ini,” katanya.