Ketibaan selebriti Korea, Lee Kwang Soo ke Malaysia pada bulan April tahun lepas memang hangat diperkatakan lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat rancangan Running Man yang telah menjadi fenomena di Malaysia. Ketibaan beliau bukan sahaja untuk membuat penampilan buat peminat di Malaysia tetapi juga dengan misi untuk menyebarkan rahsia penjagaan wajahnya.

Setiap kali menonton rancangan tersebut pasti kita tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan kulit yang mulus seperti selebriti yang beraksi dalam rancangan tersebut. Tidak hanya pada personaliti wanita dalam rancangan tersebut malah personaliti lelaki seperti Lee Kwang Soo sendiri yang juga memiliki kulit wajah yang flawless.

Selain pengambilan makanan seimbang, air yang mencukupi dan senaman berkala tahukah anda bahawa beliau juga menggunakan produk penjagaan wajah yang berkualiti tinggi iaitu, Guerisson. Misi yang dibawa oleh Kwang Soo tahun lalu kini menampakkan perkembangan positif apabila kini pelakon berbakat besar tanah air, Ruhainies pula terpikat dengan rangkaian produk dari Guerisson.

_MG_0649

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga krim wajah yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi seperti minyak kuda. Ketiga-tiga jenis produk ini dikeluarkan khas untuk kesesuaian beberapa jenis kulit Asia seperti kulit kombinasi, kulit kering, kulit berminyak dan kulit matang. Ruhainies sudah mencuba, anda bila lagi?