Setiap kali anda menonton drama Korea dan melihat babak makan Jjajangmyeon, pastinya anda berasa terliur dan teringin untuk mencuba. Bagi anda yang tidak tahu, Jjajangmyeon atau nama lainnya Blackbean Noodles rasanya masin manis dan anda akan dapat bau kacang sedikit.
Sebenarnya mudah sahaja untuk buat Jjajangmyeon ini di rumah. Ikuti perkongsian pengguna Facebook Zurina Zulkefli dan nikmati ia sambil tonton drama Korea memang terbaik. Jom kita mulakan!
Cara sediakan kuah Blackbean:
1) Pertama sekali, buat caramel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit2-pahit hangus.
2) Kemudian, 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
3) Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gandum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis lagi banyak lagi bagus dan akhir sekali caramel. Kacau sehingga sebati.
4) Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan-akan dodol.
5) Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
Cara untuk masak Jjajangmyeon:
1) Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawang holland. Semua bahan dipotong dadu.
2) Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.
3) Kemudian, masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.
4) Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5) Boleh isi sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
6) Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.
7) Masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya dihiasi dengan hirisan timun.
8) Sedia dimakan. Jangan lupa kacau dahulu meenya baru makan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda di luar sana yang sudah kekeringan idea untuk masak apa sepanjang bulan Ramadan ini. Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak resipi menarik, anda boleh baca pada pautan di bawah ini.
Raih 8.9K ‘Shares’, Ini Resepi Topokki Yang Dijamin Lazat Anda Boleh Cuba Di Rumah
Lebih 3.4K ‘Shares’, Ini Resipi Bubur Lambuk Yang Senang Guna Periuk Nasi Dijamin Sedap
Resipi Ayam Goreng Yang Sedap Dan Senang Khas Buat Penggemar KFC Ini Raih 2.5K ‘Shares’