Drama dan makanan Korea boleh dikatakan telah mencipta fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa kata anda cuba buat topokki, makanan Korea Street yang terkenal dan nikmati ia sambil tonton drama Korea ‘The World of the Married’ yang kini hangat diperkatakan netizen.
Resipi topokki yang mudah dan lazat ini dikongsikan oleh pengguna Facebook Zurina Zulkefli. Sudahkah anda bersedia? Ayuh kita mulakan!
Cara-cara membuat topokki:
1. Sediakan secawan tepung pulut, 3 sudu besar tepung gandum, secubit garam, sedikit minyak bijan dan air suam.
2. Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
3. Kemudian, uli doh secara memanjang dan potong kecil.
4. Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki lalu kukus selama 5 minit.
5. Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan topokki.
Cara-cara membuah kuah topokki:
1. Cincang 3 ulas bawang putih.
2. Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga bau wangi.
3. Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, dan satu sudu besar sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. *Kalau nak pedas, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi.
4. Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas manis.
5. Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
6. Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan. Siap.
Mudah sahaja ingin buat topokki ini. Dapatlah hilangkan kerinduan terhadap makanan Korea dengan buat sendiri hidangan ini. Selamat mencuba!
Sementara itu, ikuti resipi-resipi menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Resipi Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung Yang Pasti Buat Anda Terliur
Resipi ‘Simple’ Dan Sedap Kerabu Kerang Pasti Buat Anda Terliur
Resipi Enak Daging Bakar Thailand Yang Pasti Buat Anda Terliur