Umum mengetahui bahawa filem Mat Kilau berjaya mencetus fenomena apabila meraih kutipan lebih RM100 juta dan menunjukkan bahawa filem tempatan masih diterima ramai jika berkualiti.
Akan tetapi, muncul khabar tidak enak didengar apabila Tok Sidang Kampung Telok Bakong, iaitu Zul Hasan mendakwa syarikat produksi, Studio Kembara Sdn Bhd yang menerbitkan filem tersebut belum melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM150,000.
Baca Juga:
- Raih Lebih RM90 Juta Kutipan, Penerbit Beri Bayangan Mat Kilau 2 Mungkin Bakal Ditayangkan
- Filem Mat Kilau Cetus Fenomena, Perak Cadang Lokasi Penggambaran Jadi Destinasi Pelancongan
- Kejayaan Mat Kilau Buka Mata Pemimpin PAS, Cadang Mahu Buka Panggung Wayang Di Kelantan
Menurut laporan, pihak produksi telah menggunakan khidmat sebagai penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set, makanan, minuman dan penginapan ketika penggambaran filem.
Susulan itu, penerbit filem Mat Kilau iaitu Abdul Rahman Mt Dali tampil menafikan dakwaan Zul dalam satu laporan media. Malah, dia juga menegaskan bahawa bayaran tertunggak telah dijelaskan kepada semua orang yang terlibat dalam menjayakan filem terbabit.
Tambahnya, dia juga tidak menolak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membangkitkan isu bayaran tertunggak berhubung penggambaran tersebut. Malah, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai pendedahan yang dibuat dan akan mengambil tindakan susulan.