Seorang rakyat Malaysia, yang dahulunya memperoleh gaji bulanan setinggi RM30,000 berkongsi pengalaman pahit selepas diberhentikan kerja sehingga beliau kini terjerumus ke dalam krisis kewangan.

Dengan menggunakan platform Twitter, individiu yang identitinya tidak didedahkan mengambil inisiatif bercerita di akaun SecretsMY bagi mendapatkan nasihat dan pandangan orang ramai selepas dia diberhentikan kerja pada Oktober lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau mendedahkan bagaimanan kesusahan yang dialami olehnya apabila gagal membuat bayaran pinjaman dan kad kreadit selama empat bulan, ditambah pula dengan ancaman tindakan undang-undang.

Walaupun baru-baru ini mencapai kejayaan penting dalam pemilikan rumah, kegembiraan mereka telah dikalahkan oleh realiti suram daripada simpanan yang semakin berkurangan dan hutang yang semakin meningkat yang ditanggung untuk harta mereka.

Lebih parah lagi apabila beliau baharu sahaja membeli rumah sebelum diberhentikan, kini semua simpanan dan pinjaman tambahan telah digunakan untuk menyelesaikan jual beli rumah tersebut.

Walaupun beliau sudah mendapat pekerjaan yang baharu, namun ia tidak cukup menggembirakan dirinya kerana terpaksa hidup dengan separuh daripada gaji yang beliau pernah peroleh.

Ciapan yang dikongsi pada hari 7 Februari itu telah mendapat perhatian netizen yang banyak memberikan cadangan dan empati kepada individu tersebut itu.

Antara maklum balas tersebut adalah menggesa individu itu tidak mengabaikan notis undang-undang tersebut, memberi amaran tentang kesan muflis jika diabaikan.

Selain itu, netizen lain turut menyarankan beliau untuk mendapatkan bantuan daripada kaunseling kredit dan agensi pengurusan hutang, termasuk AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit).

Sebahagian pula menyuarakan rasa hairan dengan gaji yang tinggi namun tiada wang simpanan.