Isu hutang ini bukan perkara baharu. Malah budaya meminta-minta selepas itu buat-buat lupa untuk membayar sudah sering terjadi. Yang menjadi beban nanti bukanlah si penghutang, tetapi si pemiutang yang terpaksa tebal muka untuk meminta wang yang sudah dipinjamkan.

Terbaharu, seorang wanita di Indonesia mengambil langkah ekstrem untuk meminta hutangnya daripada seorang wanita. Dia telah bertindak menghantar buku Yasin dan Tahlil kepada keluarga penghutang bersama-sama dengan gambar si penghutang sekali.

Melalui satu muat naik melalui group Facebook “SGD – Pencarian Orang Lupa Bayar Hutang”, seorang wanita bernama Jeanis Dealova memberitahu ahli group terbabit bahawa ada seorang penghutang telah melarikan diri dan tidak membayar hutangnya. Jeanis kecewa dengan sikap si penghutang yang bernama Nuril Lailatul yang telah menyekat beliau di semua akses media sosial.

Dalam catatan terbabit, Jeanis menyiarkan gambar Nuril yang terpampang di kulit depan buku Yasin berwarna hijau. Dia menagih wang sebanyak Rp.100 juta (RM28,000) yang telah dipinjam oleh Nuril. “Mengingati kematian Allahyarham Nuril Lailatul Zuhro,” tulis Jeanis di bahagian depan buku itu.

cerita-penghutang-yang-pura-pura-20210324013047
Tribun News

Sehingga Selasa, muat naik itu telah menerima pelbagai reaksi, 219 komen dan 61 perkongsian di Facebook. Sebahagian netizen marah dan menyokong tindakan Jeanis.

“Sebenarnya, jika dia ingin membayar secara ansuran, itu disebut sebagai bertanggungjawab. Tetapi dia malah menyekat semua akaun media sosial saya dan kawan-kawan yang lain. Jumlah hutang adalah Rp. 100 juta,” kata Jeanis yang ditemubual oleh Detik.

Kesal kerana tidak juga berjaya mendapatkan jalan penyelesaian, Jeanis lalu bertindak memesan buku Yasin dan menghantarnya ke keluarga Nuril. Dia menganggap bahawa Nuril telah meninggal.

“Ya, itu gambar Nuril yang berhutang dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Saya memesan buku Yasin. Kemudian saya kirimkan kepada keluarganya,” jelasnya marah.

Hampir setahun menanti, penulis teater desak Ogy Ahmad Daud langsaikan hutang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hampir Setahun Menanti, Penulis Teater Desak Ogy Ahmad Daud Langsaikan Hutang

Sumber