Ketika ini, banyak industri terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan terpaksa membuang pekerja. Oleh itu, ramai yang membuat keputusan bekerja sebagai ‘rider’ Foodpanda, Grab dan sebagainya.
Terbaharu, tular jumlah pendapatan dua bulan seorang ‘rider’ makanan di media sosial menjadi perhatian netizen. Rata-rata terkejut kerana selama dua bulan ‘rider’ tersebut berjaya meraih RM18,005.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa bukan mudah untuk mendapat pendapat sebanyak itu kerana memerlukan komitmen dan rajin berusaha untuk mencapainya.
Malah, ada juga netizen mengatakan anak muda harus rajin bekerja kerana dalam kesusahan akan ada kesenangan kelak. Tidak semua orang sanggup bekerja sebagai ‘rider’ disebabkan risiko dan penat.
I just saw income rider untuk delivery service. Adalah bodoh untuk kita upload maklumat sensitif itu di Socmed. Kononnya rider terima gaji more RM10k per month, & maklumat itu belum pasti sah.
Rider juga akan terima kesanya nanti. pic.twitter.com/VqwfE3HGNj
— Projek Hitam (@projekhitam) January 19, 2021
Akan tetapi, ada juga yang tidak bersetuju tindakan ‘rider’ tersebut mendedahkan pendapatan yang diterimanya kerana akan memberikan kesan kepada ‘rider’ lain. Apakah pendapat anda akan perkara ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Dari Awan Turun Ke Jalanan, Lelaki Ini Kongsi Persamaan Jadi ‘Rider’ E-Hailing Dan Juruterbang
‘Order Saja Walaupun Hujan’- Rider Nasihatkan Orang Ramai Tidak Perlu Risau