Bekerja serta meraih gaji atau pulangan yang lumayan sudah pastinya menjadi impian buat sejumlah besar orang ramai. Wang yang diperoleh pastinya membantu dalam menyelesaikan hutang dalam lebih pantas sekaligus menawarkan kehidupan yang lebih selesa.

Di sebalik usaha dan kerjaya orang ramai, siapa sangka menjadi penghantar barang di Australia mampu memberi pulangan sehingga RM43,000 sebulan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Hal ini telah dibuktikan oleh Razlan Rashari selaku rakyat Malaysia yang sudah bekerja di Australia selama 6 bulan. Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan pengalaman bekerja di Australia adalah lebih efisien dan memudahkan.

“Purata gaji bekerja di Australia sebagai penghantar barang adalah sekitar A$8,000 (~RM24,670) sehingga A$14,000 (~RM43,173). Gaji lumayan yang ditawarkan membuatkan saya memilih untuk bekerja di Australia berbanding Malaysia” ulas Razlan.

Razlan yang kini tinggal bersama isterinya di Australia memaklumkan selain faktor gaji, budaya setempat dan keselamatan negara tersebut antara yang sebab utama beliau memilih untuk menetap di Australia.

Mengulas mengenai kos sara hidup, Razlan berpendapat kos sara hidup di Australia boleh dikatakan masih rendah. Meskipun harga barangan mampu meningkat, peningkatan gaji yang seiring antara yang membuatkan mereka kurang terbeban.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendedahkan ‘sisi gelap’ bisnes mesin air selepas labur sebanyak RM66,000.

Dakwa Sudah Labur RM66,000, Wanita Ini Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air

11 Tahun ‘Ketagih’ Makan Sabun Serbuk, Pendedahan Wanita Ini Buat Netizen Terkejut

Tampil Dengan Imej Tengkuk Bermasalah, Gelagat Dua Peminta Sedekah Ini Raih Perhatian Netizen

Sumber