Cuti hujung tahun hampir tiba. Sudahkah anda merancang untuk bercuti ke mana? Kami cadangkan untuk anda melawat LEGOLAND® Malaysia Resort.

LEGOLAND® Malaysia Resort kini telah diubah kepada replika kilang mainan Santa Claus! Dekorasi bertemakan Brick-tacular Toy Factory ini bermula pada 24 November 2022 sehingga 1 Januari 2023.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Pengarah Bahagian LEGOLAND® Malaysia Resort, CS Lim, Brick-tacular merupakan acara tahunan yang dinantikan saban tahun. Maka, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadikan taman tema tersebut bertukar menjadi kilang mainan sebagai satu langkah menghadirkan semangat bercuti kepada rakyat Malaysia.

Raikan Cuti Hujung Tahun Anda Dengan Aktiviti Hebat Di 'Brick-tacular Toy Factory' LEGOLAND Malaysia

Antara aktiviti yang tersedia adalah seperti:

1. Melangkah ke alam dunia penuh magis Santa’s Toy Factory

Raikan Cuti Hujung Tahun Anda Dengan Aktiviti Hebat Di 'Brick-tacular Toy Factory' LEGOLAND Malaysia
Kenali para Elf yang sangat peramah, ambil gambar bersama Santa Claus dan pohon krismas gergasi LEGO DUPLO. tidak cukup dengan itu, anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM100,000!

Tonton persembahan tarian dan pertunjukan silap mata bersempena Krismas pada setiap hari Khamis hingga Ahad dan anda boleh hantarkan surat di Santa’s Mailbox dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri.

Anak-anak anda juga boleh Bina hadiah untuk yang tersayang di Ollie’s Fun Factory dan paling best, anda boleh tonton filem 4D yang merupakan tarikan terbaharu di LEGOLAND® Malaysia Resort, LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA.

2. Parti kejutan untuk Santa Claus di LEGOLAND Hotel

Raikan Cuti Hujung Tahun Anda Dengan Aktiviti Hebat Di 'Brick-tacular Toy Factory' LEGOLAND Malaysia

Di LEGOLAND Hotel, anak anda berpeluang menjadi chef cilik di mana mereka boleh menonjolkan kreativiti dalam menghias donut dan Hiasi hari anda dengan Bedtime Story oleh Santa Claus sendiri atau tonton persembahan tarian oleh krew-krew Santa Claus.

Anda juga berpeluang untuk menghias pohon krismas dengan menggantung kad ucapan khas kepada yang tersayang. Anda juga boleh dapat coklat percuma berbentuk mainan daripada LEGOLAND Snowman di sana nanti.

Raikan Cuti Hujung Tahun Anda Dengan Aktiviti Hebat Di 'Brick-tacular Toy Factory' LEGOLAND Malaysia

Memang banyak aktiviti menarik menanti anda sekeluarga di sana nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai Brik-tacular Holiday di LEGOLAND® Malaysia Resort, sila layari laman web rasmi LEGOLAND® Malaysia Resort dan kunjungi sosial media mereka di Facebook dan juga Instagram.