Bulan Ogos dan September cukup sinonim sebagai bulan patriotisme kerana setiap tahun negara kita meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Demi menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara, Media Prima Berhad dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’.

Kempen itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan rakyat Malaysia dengan meraikan warisan budaya dan kulinari negara yang kaya, sekaligus meneruskan kejayaan inisiatif pada tahun lalu.

Pada masa sama ia memberi peluang kepada jenama untuk berhubung dengan pengguna melalui semangat patriotisme dan warisan bersama yang menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Untuk tahun ini, ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ meneroka keunikan citarasa dan tradisi negara melalui eksplorasi yang menarik dan penuh warna.

Rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman “Paling Best” mereka, dengan memberi tumpuan kepada kepelbagaian jenis masakan yang lazat dan beraneka jenis di negara ini.

@vocket

Apa yang buat Malaysia Paling Best? Cuba teka kebanyakan Malaysians jawab apa bila kita tanya mereka! Nak tahu apa lagi best? Nantikan 20 August 2024. #MalaysiaPalingBest #ManisPahitBersama

♬ original sound – vocket – vocket

Pada masa sama, kempen ini hadir dengan video khas Hari Kebangsaan yang merakam suara rakyat Malaysia menjawab soalan, ‘Apa yang membuat Malaysia Paling Best?’.

Video ini berfungsi sebagai naratif kolektif, mengingatkan kita tentang pelbagai sebab untuk berbangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu, terdapat satu video Hari Malaysia yang menonjolkan makanan Paling Best Malaysia, menampilkan pertandingan santai antara hidangan ikonik seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Char Kuey Teow, Satay, dan Teh Tarik.

Video tersebut akan meneroka kisah di sebalik setiap hidangan, memaparkan kekayaan budaya makanan Malaysia, dan mengajak semua orang untuk menikmati kepelbagaian yang ada yang menjadikan masakan kita begitu istimewa dan unik.

Sumber Gambar: Says.com/manispahitbersama

Pada masa sama, orang ramai boleh menghantar undian hidangan yang menurut mereka benar-benar mencerminkan budaya makanan Malaysia yang paling ikonik.

Undian tersebut boleh dibuat melalui lawan web says.com/manispahitbersama. Jangan lepaskan peluang untuk mengundi sama ada Nasi Lemak, Roti Canai, Char Kuey Teow, Satay atau Teh Tarik sebagai makanan ikonik Malaysia.

Selain itu, aktiviti media sosial #GengMakanan pula mengajak pencinta makanan untuk berkongsi gambar hidangan tempatan kegemaran mereka atau lokasi makanan yang paling disukai.

Peserta boleh menghias gambar mereka dengan bingkai digital khas dan kongsikan di media sosial.

Gambar terpilih akan dipaparkan di papan iklan digital sekitar Lembah Klang, dalam memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada khalayak umum.

Kemuncak kepada kempen ini adalah Piknik Hari Malaysia yang akan diadakan di Taman Botani Putrajaya pada 15 September, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, makanan dan minuman berupa Nasi Lemak dan Teh Tarik disediakan secara percuma dan yang lebih menarik lagi, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis tempatan, aktiviti-aktiviti hiburan padang serta yang paling utama adalah berpeluang untuk menikmati hari minggu Ahad yang lebih santai di salah satu taman paling indah di Malaysia.

Pada masa sama, saksikan program-program khas Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di TV3, TV9, 8TV, NTV7, dan Tonton untuk menambahkan kemeriahan sambutan.

Media Prima Berhad berbesar hati menyediakan platform bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan mempamerkan kebanggaan kita terhadap kekayaan warisan budaya.