Bagi pengemar air kopi, ZUS Coffee bukanlah satu nama yang cukup asing. Bagaimanapun masih ramai yang menganggap bahawa jenama air kopi itu berasal dari luar negara.

Baru-baru ini ZUS Coffee berkongsi satu video iklan yang memaparkan situasi dalam mahkamah di mana seorang hakim menghakimi ‘sebutan kes’ mengenai asal usul jenama kopi tersebut.

Baca Juga:

‘Peguam’ jenama kopi itu bertungkus-lumus memberi penerangan mengapa jenama kopi itu tidak menggunakan nama lokal dan bagaimana ‘kualiti lokal’ mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Iklan terbaharu ZUS Coffee berdurasi 3 minit 34 saat yang dimuatnaik di YouTube mereka telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Didapati masih ramai tidak mengetahui bahawa ZUS Coffee itu merupakan ‘Made in Malaysia‘, bukanlah produk daripada luar negara.

Selepas mengetahui asal usul jenama kopi tersebut, orang ramai meluahkan rasa bangga kerana anak Malaysia juga boleh berdaya saing dengan jenama kopi daripada luar negara.

Dalam pada itu, orang ramai turut memuji pasukan pemasaran ZUS Coffee berjaya menghasilkan satu iklan luar daripada kebiasaan yang ditayangkan kepada orang ramai.

Untuk makluman, ZUS Coffee mula bertapak di Malaysia pada tahun 2019. Setakat Mac 2023, jenama kopi tempatan itu dilaporkan sudah mempunyai lebih 190 buah kedai dan sedia menambah kira-kira 200 lagi kedai di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Pada bulan Mac juga, bilionair Filipina, Frank Lao dilaporkan telah membeli pegangan saham ZUS Coffee sebanyak 35%. Beliau merancang mahu memperkenalkan jenama kopi Malaysia itu di Filipina pada masa akan datang.

#ManisPahitBersamaBM