Rakyat Indonesia bengang apabila sekumpulan warga Israel mencampak dan memijak makanan iaitu Indomie yang didermakan untuk rakyat Palestine ekoran perang yang terjadi ketika ini.
Ramai pihak menghantar bantuan kepada rakyat Palestine selepas mereka tidak mendapat bekalan yang cukup ekoran pencerobohan Israel ke atas negara itu.
Baca Juga:
- Netizen Indonesia Sedih Bila Tahu Indomie Adalah Produk Dari Malaysia, Benarkah?
- Indonesia Mahu Rekrut Pemain Warisan Untuk Skuad B-20 Tahun
- Pemain Muda Indonesia Berpeluang Beraksi Di Seria A Itali
Dalam satu video yang tular di laman media sosial, terdapat sekumpulan warga Israel yang mencampak serta memijak bantuan makanan dan secara kebetulan, makanan yang mereka rosakkan ialah Indomie yang menjadi kebanggaan rakyat Indonesia.
NOTTT indomie kesukaan kita semua dibuang2 sama zionis sialan 🤬🤬🤬😡😡😡😡😡🤬🤬🤬 https://t.co/IKIccpwEZM
— アルダちゃん。 (@aldapstsr) May 15, 2024
Dalam komen di ciapan di atas, rata-rata rakyat Indonesia tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan warga Israel itu yang merosakkan Indomie dan mengecam tindakan tersebut.
Masyarakat dunia terus mengecam regim zionis dimana mereka terus membedil Palestine yang menyebabkan puluhan ribu penduduk tidak bersalah menjadi mangsa.
Pelbagai protes dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menggesa Israel menghentikan pencerobohan namun usaha tersebut dilihat tidak memberi kesan.