Rakyat Indonesia nyata terkejut selepas mengetahui bahawa RON95 adalah bahan bakar subsidi yang dikhaskan hanya untuk penggunaan rakyat Malaysia sahaja.
Isu bahan bakar sedang hangat di negara jiran khususnya selepas skandal yang dilakukan oleh Pertamina dimana syarikat itu memanipulasi selain melakukan kesalahan mencampur Pertalite (RON 90) dengan beberapa bahan dan kemudiannya dijual kepada pengguna sebagai Pertamax (RON 92).
Baca Juga:
- ‘Bubar Sahaja Pertamina, Beri Petronas Masuk’ – Dewan Rakyat Indonesia
- Skandal Rasuah Mega Pertamina, Ini Yang Anda Perlu Tahu
- PETRONAS Untung RM55 Bilion, Kerajaan Dapat Dividen RM32 Bilion

Rakyat Indonesia Terkejut RON95 Adalah Subsidi
Di laman media sosial X baru-baru ini, salah seorang pengguna memuat naik gambar yang mana beliau menegur seorang warganegara Indonesia sedang mengisi keretanya dengan menggunakan RON95 di salah satu stesen minyak.
Ketika memberitahu bahawa RON95 dikhaskan untuk rakyat Malaysia, ciapan tersebut langsung mendapat perhatian dari rakyat negara jiran yang terkejut dan juga kagum dengan peraturan yang ditetapkan di negara ini.
Hah??
Petronas oktan 95 adalah bahan bakar subsidi di malaysia????
wkwkwkkw suremmnm https://t.co/2L0swLPaSS
— Y U D H I S 🇬🇦 (@yudhst) March 3, 2025
Selain terkejut, ada di kalangan rakyat Indonesia memuji Petronas yang mana mencatat keuntungan tinggi pada tahun lalu dan melebihi jumlah keuntungan yang dicatat oleh Pertamina.
“Petronas masih mencatat keuntungan yang jauh lebih tinggi berbanding pertamina. Memang anj**g ini wakanda,’ tulis seorang netizen di laman X.

PETRONAS mengumumkan keuntungan bersih RM55.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Kadar keuntungan itu merosot 32 peratus berbanding RM80.7 bilion pada tahun sebelumnya sejajar dengan harga minyak yang rendah.
Memetik Berita Harian, pendapatannya dalam tempoh itu berjumlah RM320.0 bilion, susut tujuh peratus daripada tahun sebelumnya.
Dalam tempoh dikaji, PETRONAS mencatatkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih rendah sebanyak RM114.1 bilion, sejajar dengan keuntungan yang lebih rendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, berkata prestasi kewangan PETRONAS pada 2024 kekal berdaya tahan di tengah-tengah turun naik tidak menentu yang berterusan dalam pasaran dan tekanan kawal selia yang semakin meningkat berikutan perubahan geopolitik global.
Beliau berkata, komitmen kumpulan terhadap pengurusan kewangan yang berhemat dan kepelbagaian portfolio menyokong syarikat minyak dan gas nasional itu mencatatkan keputusan kewangan yang utuh meskipun berdepan persekitaran mencabar.
Memetik laporan itu lagi, PETRONAS telah menggerakkan strategi transformasi untuk mengukuhkan keupayaannya bagi menyampaikan nilai kepada pemegang saham dan pemegang kepentingannya serta menyampaikan tenaga kepada pelanggan dan memberi impak positif kepada komuniti.