Charlie Kirk, seorang aktivis konservatif Amerika yang terkenal dan sekutu rapat Donald Trump, telah ditembak mati semasa satu acara di sebuah kolej di Utah, Amerika Syarikat pada hari Rabu, 10 September lalu.

Gabenor negeri tersebut kemudiannya menyifatkan kejadian itu sebagai “pembunuhan politik”, sambil menyatakan tembakan dilepaskan dari atas bumbung.

@tokarevhttps

حقيقة تشارلي كيرك : قنص أم فبركة #charliekirk #usa🇺🇸 #liveforthechallenge #live #cristianoronaldo

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Video di media sosial menunjukkan saat Kirk sedang berucap di bawah khemah putih di Utah Valley University, tiba-tiba satu das tembakan dilepaskan, dengan darah dilihat mengalir dari lehernya.

Setakat laporan ini ditulis, tiada tangkapan telah dibuat, tetapi pihak berkuasa menyatakan mereka kini sedang mencari seorang individu lain yang disyaki.

Terdahulu, timbul kekeliruan selepas Pengarah FBI, Kash Patel, menyiarkan bahawa seorang suspek telah ditahan, tetapi kemudiannya memperjelas bahawa individu tersebut hanya disoal siasat dan kemudian dibebaskan.

Pihak polis belum mengesahkan identiti individu tersebut, motif yang mungkin, atau sebarang pertuduhan.

Rakyat Malaysia Berisiko Tidak Dapat Visa AS Jika Bergurau Tentang Kematian Charlie Kirk
Sumber Gambar: koreajongangdaily

Selepas insiden itu, Timbalan Setiausaha Negara berkata bahawa warga asing yang bergurau atau memandang remeh kematian Kirk akan dikenakan tindakan.

Di akaun X beliau, Christopher Landau menekankan bahawa warga asing yang mengagungkan keganasan atau kebencian tidak dialu-alukan di negara itu.

Beliau menambah bahawa pegawai konsular telah diarahkan untuk mengambil “tindakan sewajarnya” terhadap mereka yang dilihat “memuji, membenarkan, atau bergurau mengenai kematian Kirk” secara dalam talian.

“Saya jijik melihat sesetengah pihak di media sosial memuji, membenarkan, atau bergurau mengenai kejadian itu. Saya telah mengarahkan pegawai konsular kami untuk bertindak sewajarnya. Sila laporkan hantaran-hantaran sedemikian oleh warga asing supaya @StateDept (Jabatan Negara) dapat melindungi rakyat Amerika,” tulisnya.

Pihak Jabatan Negara AS telah menyatakan bahawa warga asing yang mahu melancong ke AS, termasuk rakyat Malaysia, boleh terjejas permohonan visa mereka sekiranya mereka mempunyai hantaran di media sosial yang memandang remeh pembunuhan Charlie Kirk.

Seorang jurucakap Jabatan Negara AS dipetik oleh The Guardian sebagai berkata, “Pentadbiran ini tidak percaya bahawa AS harus memberikan visa kepada individu yang kehadirannya di negara kami tidak selari dengan kepentingan keselamatan negara AS.”

Sumber