Budaya parkir bertindih atau ‘double park’ telah menjadi satu perangai yang sebati oleh rakyat Malaysia, jadi tidak terkejut jika budaya tersebut dibawa sehingga ke negara orang.

Melalui pendedahan @pja_chan di laman Twitter/X miliknya, difahamkan bahawa perangai parkir bertindih rakyat Malaysia kini mendapat perhatian media utama Jepun.

Baca Juga:

“Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

“Ini parking berbayar yang dah ada space utk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat camni sampai menyusahkan orang ya,” katanya.

Difahamkan bahawa kejadian berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi prefecture dan kereta tersebut disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Kejadian bermula apabila kereta yang berada di hadapannya mahu keluar, tetapi tidak boleh kerana kereta sewa milik wanita Malaysia ini telah menghalang jalan utama.

Manakala pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa wanita Malaysia ini telah meminta dia kebelakangkan kereta untuk memudahkan dia keluar.

Menurut @pja_chan, parkir di Jepun ini boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

“Ada designated parking space berbayar. Takde istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah2 rakyat Msia dekat internet.

Kejadian ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negara, tetapi juga mereka yang sudah menetap lama di sana.

“Kesannya terpalit dekat Msian yang duduk sana esp, sebab dah ada bad impression. Silap-silap tourist Msian pon dorang tak suka dah pasni,” katanya.