Jika dahulu emas dianggap bernilai tinggi, kini pelbagai barangan hobi seperti kad Pokemon turut dilihat mampu memberi keuntungan lumayan. Jadi, tidak hairanlah, permintaannya semakin tinggi pada saban hari di seluruh dunia.

Menerusi laporan terbaharu oleh The Straits Times, seorang jururawat berasal dari Malaysia yang tinggal di Singapura telah diletakkan di dalam penahanan selama setahun selepas didapati mencuri 2 kotak kad pokemon bernilai SGD480 (~RM1,672).

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Sumber Gambar: Dibbs

Difahamkan dia mencuri kad Pokemon itu kerana ada berhutang dengan kawannya untuk membayar tunggakkan yuran kolej sewaktu di sana.

Fong Jia Wai terdorong untuk mencuri selepas terpengaruh dengan video TikTok yang menunjukkan perniagaan kad Pokemon mampu meraih keuntungan yang lumayan.

Selepas itu, dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri dan dijatuhi setahun penahanan bermula 14 Mei.

Sebagai sebahagian daripada hukumannya, dia perlu berada di dalam rumah dari pukul 11 ​​malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan khidmat masyarakat selama 40 jam.

Difahamkan bahawa ibu bapa Fong juga dikehendaki menghantar bon sebanyak SGD5,000 (~RM15,000) untuk menjamin kelakuan baiknya.

Fong menamatkan pengajian di politeknik pada April 2021, tetapi diplomanya ditahan kerana yuran tertunggak berjumlah sekitar SGD7,000 (RM21,140).

“Dia berjaya menjelaskan yurannya dan mendapat diploma pada April 2022, menggunakan wang simpanannya dan daripada wang yang dipinjamkannya daripada rakan-rakannya,” kata peguam bela Josephus Tan dan Cory Wong di mahkamah.

Dia memilih untuk mencuri dengan harapan boleh mendapatkan keuntungan daripada penjualan kad Pokemon tersebut lalu melangsaikan hutang dengan kawan-kawannya. Dia ditangkap dengan sejumlah pek kad Pokemon yang diperolehnya melalui penipuan dan kad yang dijualnya tidak pernah diperolehi.