Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video warga Malaysia yang mengajar isteri minah salihnya bahasa Melayu. Ramai yang berasa terhibur dengan video tersebut dan mula mengikuti YouTube channel Kumaar Family.
Terbaharu, YouTube channel Kumaar Family sudah mencecah 100 ribu pengikut dan bagi meraikan kejayaan tersebut, mereka telah membuat sesuatu yang istimewa. Mereka telah membeli 100 sandwich Subway dan edarkan kepada para gelandangan berdekatan mereka.
Setelah mencapai 100k pelanggan YouTube kami teringin meraikannya dengan sesuatu yg istimewa. Jadi kami membuat perkara yg saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia akan buat. Kami membeli 100 sandwic Subway untuk para gelandangan. Hanya dpt melakukannya kerana sokongan dari semua❤️ pic.twitter.com/pGl5Lyjnau
— Logesh Kumaar (@kumaarfamily) January 13, 2021
Menerusi video tersebut, dapat dilihat wajah gembira para gelandangan yang menerima sandwich tersebut. Malah, para gelandangan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Lantaran itu, rata-rata netizen memuji tindakan keluarga Kumaar dan berasa bangga akan ‘vibes’ positif serta kebaikan yang dikongsi. Malah, para netizen juga mendoakan Kumaar sekeluarga sihat selalu dan keluarga mereka boleh dijadikan sebagai ‘role model’.
I’ve been following him on YouTube for a while now, he has such good heart yall. How he treats his wife, he gave her a goddamn car for Christmas this year! God bless you Logesh and Rachel 🌹😊 https://t.co/uRtmTP5TbY
— AinaSuzlin (@_ainasuzlin) January 14, 2021
https://twitter.com/nrlkmar/status/1349618374892916737
😢 thank you logesh and rachel. You guys are amazing. So proud to be ur subscriber guys. https://t.co/IPtP8oFkHb
— NIS (@dellsalleh_) January 14, 2021
A good role model. Thankyou bro. May god bless you and your family 😁 https://t.co/2CjmU0OTKa
— Dattebayo (@lemonpulpy) January 13, 2021
Terbaiklah, semoga sentiasa menghasilkan konten-konten menarik untuk para pengikut dan sebarkan kebaikan di luar sana. Apakah pendapat anda akan keluarga Kumaar ini?
Sementara itu, klik pautan di bawah untuk baca artikel-artikel menarik di The Vocket.
Kisah Anak Seorang Pemandu Teksi Jadi Billionaire Terbaharu Di Malaysia