“Orang India dipaksa makan daging lembu dan orang Melayu dipaksa makan daging babi sekali sehari,” kata seorang mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Laos.

Mangsa, K. Khirubhananthan, 25, berkata, dia dan empat yang lain, K. Khirubhakaran, 25, T. Thinagaran, 35, Farhana Zainal Abdain, 26, dan Muhammad Amirrul Nor Azman, 26, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket ini pulang ke rumah semalam, lapor NST.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khirubhananthan berkata mereka pada mulanya ditawarkan gaji bulanan RM6,000 dengan penginapan jika bekerja di sebuah syarikat swasta di Laos.

Bagaimanapun, sebaik tiba, mereka dibawa ke suatu tempat dan dipaksa bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan dalam talian selama dua minggu.

Sindiket itu turut mengugut untuk patahkan kaki mereka jika enggan melakukan kerja, katanya.

Khirubhananthan menambah, mereka kemudian dibawa ke sebuah rumah sebelum dijual kepada warga China dan Taiwan.

Katanya, mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada rakyat Laos dengan meminjam telefon bimbit kerana telefon dan pasport mereka dirampas sindiket.

“Kami berjaya menghubungi ADUN Teruntum, Sim Chon Siang dan kakitangannya untuk datang menyelamatkan kami,” kata Khirubhananthan.

Sumber