Terdahulu, sudah dilaporkan tentang kerajaan Thailand yang berhasrat memperkenalkan cukai pelancongan terhadap orang luar termasuklah rakyat Malaysia yang datang ke negara itu pada akhir tahun ini.
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand telah memberikan kemas kini mengenai perkara tersebut, mengumumkan bahawa pelaksanaan cukai pelancongan, yang dikenali sebagai “Kha Yeap Pan Din” (secara harfiah diterjemahkan sebagai “yuran memijak bumi Thailand”) akan ditangguhkan ke pertengahan 2026.
Penerbit yang berpangkalan di Thailand, The Nation, memetik kenyataan Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham, yang mengatakan bahawa keputusan itu dibuat berikutan semakan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong.

Beliau menganggap masa kini tidak sesuai untuk memperkenalkan semula yuran tersebut.
Chakrapol menambah bahawa Kementerian sedang menunggu untuk menilai permintaan pelancong antarabangsa semasa musim puncak akan datang pada suku keempat 2025 sebelum menentukan struktur yuran yang sesuai berdasarkan cara perjalanan.
Pada masa ini, Kementerian merancang untuk mengenakan bayaran THB300 (RM39) untuk ketibaan melalui udara dan THB150 (RM20) untuk ketibaan melalui darat atau laut.
Jumlah ini telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet Thailand pada Februari 2023.
Dengan kelewatan ini, yuran Kha Yeap Pan Din akan dikuatkuasakan sama ada pada suku ketiga atau suku keempat tahun 2026.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.