Sikap prihatin rakyat Malaysia memang tidak dapat dinafikan. Sejak pandemik COVID-19 berlaku lagi, kita sudah dapat melihat bagaimana sikap saling membantu berkembang cantik di kalangan rakyat Malaysia. Tanda pagar #KitaJagaKita mekar harum di media sosial, dengan bantuan terus disalurkan di kalangan rakyat Malaysia.
Banjir kilat yang melanda Lembah Klang minggu lalu telah menyebabkan sebahagian penduduk pusat bandar tersangkut dan tidak dapat ke mana-mana disebabkan hujan yang tidak berhenti selama dua hari. Bantuan terus disalurkan kepada semua yang memerlukan. Dan media sosial dipenuhi dengan cerita-cerita hero yang tidak didendang. Mereka ini sanggup turun dari Utara dan Selatan tanah air bagi membantu mangsa yang terkesan dengan banjir kilat.
Encik ni katanya dari luar Selangor, sanggup turun ke Shah Alam siap bawa bot untuk bantu mangsa banjir.. Seribu kali ganda lebih function dari barisan menteri yang ada. pic.twitter.com/k4HfnyaTSC
— Jalal Misai (@jllmisai) December 19, 2021
Bukti bahawa rakyat Malaysia sanggup untuk lakukan apa sahaja dalam keadaan terdesak bagi membantu mereka yang memerlukan dapat dilihat apabila seorang lelaki dari Melaka sanggup turun ke Lembah Klang bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
Melalui ciapan yang dimuat naik oleh Jalal Misai, seorang lelaki dipercayai dari Melaka turun ke Shah Alam dengan membawa bot untuk membantu mangsa yang terkesan akibat banjir kilat yang melanda Lembah Klang. Melalui ciapan tersebut, Jalal Misai menyatakan bahawa lelaki itu dikenali sebagai Encik Azwan.
Rakyat Malaysia memang prihatin.. dari utara sanggup datang bawak aset keperluan untuk tolong mangsa banjir.. hanya orang politik saja masih tak sedar diri waktu-waktu begini syok sendiri buat perhimpunan..
Tahniah rakyat Malaysia.. anda memang hebat.. pic.twitter.com/jpFmmAjUeS
— Abu Hayyan 𓂆 | 🇲🇾🇵🇸 (@_muhaimin26) December 19, 2021
Dia turun ke Shah Alam dengan membawa Viva bersama-sama dengan bot di atas keretanya. “Selesai di Shah Alam, turun pula bantu di Puchong dan kini katanya dia menuju ke Sri Muda untuk bantu sana pula. Terima kasih dan syabas,” katanya.
Selain itu, seorang lelaki di Facebook yang dipercayai daripada utara Malaysia turun ke pusat bandar bagi membalas budi penduduk Lembah Klang. “Kami bantu sebab dulu masa kami di utara kena musibah banyak yang dari lembah klang datang membantu dan memberi sumbangan, kali ini kami nak balas atas jasa anda semua. Biar jasa jadi kenangan,” kata Roy Razman di Facebook. Gambar komen tersebut tular di media sosial Twitter dan mendapat perhatian orang ramai.
Manakala Farhan, seorang pengguna Twitter pula memuat naik gambar seorang lelaki yang dipercayai nelayan. Lelaki terbabit turun ke Lembah Klang bagi membantu mangsa banjir. Di bahagian lain pula, penganut Sikh turut tidak melepaskan peluang membantu dengan memasak makanan untuk mangsa banjir yang tersangkut di kawasan perumahan mereka.
Mungkin ada sesetengah cerita tidak ditularkan, tetapi siapa sahaja anda yang turun membantu. Kami ucapkan terima kasih kerana menjadi rakyat yang prihatin dan menunjukkan sisi lain Malaysia yang lebih baik dan makmur.
Bila kita bersama, air bah yang meninggi pun dapat kita redah.
Lokasi majlis dijadikan pusat penempatan banjir, netizen terharu pasangan pengantin ini sedekah lauk kenduri. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/ini-sebab-mengapa-anda-tidak-digalakkan-untuk-redah-air-banjir/
Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang