Platform pelancongan digital telah merekodkan peningkatan sebanyak 8.7x carian untuk penginapan di Singapura sempena siri konsert Coldplay pada Januari 2024.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Agoda, lonjakan itu didorong oleh negara jiran Malaysia dan Indonesia yang mahu membuat persediaan penginapan awal sebelum acara konsert Coldplay yang akan berlangsung selama 6 hari di sana.

Selain dua negara ini, Filipina, Brunei, Amerika Syarikat, Thailand, Sri Lanka, Hong Kong, China dan Australia turut memasuki senarai negara yang membuat carian penginapan.

Dengan enam pertunjukan, Singapura akan menjadi lokasi utama di Asia sepanjang siri konsert Coldplay ‘Music of the Spheres World Tour,’.

Data yang dibentangkan diperoleh daripada data carian penginapan Agoda di Singapura, menganalisis aliran carian antara 18 – 20 Jun 2023 untuk tarikh daftar masuk dalam 23-31 Januari 2024 berbanding hari bekerja yang sama seminggu sebelumnya.