Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand digalakkan untuk memakai pakaian berwarna hitam, putih atau warna gelap lain sebagai tanda hormat susulan kemangkatan Ratu Sirikit, ibu kepada Raja Thailand sekarang, Raja Vajiralongkorn.
Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand–Asia Tenggara, Aida Oujeh, berkata tindakan itu amat dihargai oleh rakyat Thailand sepanjang tempoh berkabung negara, petik New Straits Times.
Baca Juga:
- Kerajaan Persekutuan Lulus RM1.5 Bilion Untuk Projek Tembok Sempadan Kelantan-Thailand

- Selepas Malaysia, MR DIY Sasar Raih Lebih RM730 Juta Dari IPO Di Bursa Thailand

“Rakyat Malaysia yang datang ke Thailand atas tujuan pelancongan dinasihatkan, jika boleh, untuk memakai pakaian berwarna hitam, putih, atau warna gelap sebagai tanda penghormatan.
“Ia akan dianggap sebagai satu tanda keprihatinan dan rasa hormat oleh masyarakat Thai.
“Namun, jika pelawat tidak dapat berbuat demikian, tidak mengapa — kami faham,” katanya ketika dihubungi.
Aida menambah bahawa rakyat Thailand kini sedang menjalani tempoh berkabung bagi menghormati Ratu Sirikit yang mangkat pada lewat malam Jumaat lalu.
“Pegawai kerajaan dijangka mematuhi kod etika berpakaian berkabung, namun ia tidak diwajibkan kepada orang awam.
“Walau bagaimanapun, mereka yang memilih untuk tidak berpakaian gelap mungkin akan dianggap kurang menghormati,” jelasnya.
Sebagai sebahagian daripada protokol berkabung negara, Thailand akan mengibarkan bendera separuh tiang selama 30 hari, manakala pakaian berkabung biasanya diamalkan selama tiga bulan.
Beliau turut mengingatkan pelawat yang bercadang untuk menziarahi istana diraja — tempat jasad mendiang Ratu Sirikit disemadikan sementara — supaya memakai pakaian rasmi berwarna hitam atau putih lengkap dengan kot, sebagai tanda penghormatan.
Menurut Aida, adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia, termasuk dari Kelantan, untuk melancong ke Selatan Thailand semasa cuti umum dan cuti sekolah yang panjang.
Kebanyakan pelawat ini, katanya, akan melalui sempadan Rantau Panjang, Bukit Bunga, dan beberapa pintu masuk Malaysia yang lain.
Ratu Sirikit, isteri kepada Raja Bhumibol Adulyadej, iaitu raja yang memerintah paling lama dalam sejarah Thailand, mangkat pada usia 93 tahun lewat malam Jumaat lalu.
Nak lagi banyak tip halal ‘travel’ bajet? Komen saja destinasi impian anda!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti halal-friendly yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.