Kematian George Floyd telah memacu kemarahan rakyat Amerika Syarikat yang mengkritik kekejaman pihak polis dan masalah perkauman yang semakin lama, semakin menebal di sana.

Kemarahan rakyat AS telah menyebabkan beberapa kedai rosak teruk, manakala harta benda awam dimusnahkan oleh penunjuk perasaan.

Seorang rakyat Malaysia dilaporkan telah turun membantu membersihkan jalan-jalan di sekitar Minneapolis yang dihancurkan oleh penunjukkan perasaan berikutan pembunuhan seorang warga Afrika-Amerika.

Lee Yen, berumur 24 tahun berpindah ke Minneapolis pada bulan Februari lalu, tetapi sudah tinggal di negeri Minnesota selama enam tahun. Dalam satu temubualnya bersama The Star, Lee Yen menyatakan kesedihannya apabila melihat beberapa restoran dan kedai kegemarannya rosak teruk disebabkan protes tersebut.

Dia adalah salah seorang sukarelawan yang turun padang membersihkan jalan-jalan di sekitar Minneapolis pada siang hari dan pada waktu hujung minggu. Dia melakukan semua ini disebabkan rasa tanggungjawab kerana baginya,”Hati nurani saya tidak akan tenteram jika saya duduk di rumah dengan senyap sedangkan semua ini berlaku kira-kira 10 minit dari rumah saya,” katanya.

Walaupun dia tidak menyaksikan kejadian ini di depan mata, namun baginya apabila melihat berita-berita yang disiarkan di media sosial mahupun portal berita antarabangsa, ada rasa sedih dan tertekan di dalam hatinya. Baginya, “Minneapolis bukan kampung halaman saya tetapi ia adalah bandar yang indah dan saya sangat menyukai kawasan ini,” kata Lee Yen kepada The Star.

Bagi Lee Yen, walaupun protes ini yang bermula dengan damai telah bertukar ganas. Dia percaya bahawa ada sekilas kebaikan dan harapan dalam masyarakat Minneapolis di tengah-tengah keresahan dan ketegangan sosial.

Lee Yen juga percaya bahawa majoriti penunjuk perasaan adalah orang damai yang mahukan keamanan. Namun dalam satu kumpulan yang besar, pasti akan ada mereka yang menghasut untuk melakukan keganasan dan kekacauan.

Bagi Lee Jia Jia, berumur 28 tahun yang juga penduduk di kota Minneapolis, dia sebenarnya tidak menyangka bahawa protes ini akan menjadi buruk. Dia juga berharap agar pegawai polis yang bertanggungjawab membunuh George Flyod di bawa ke muka pengadilan dan akan ada perubahan di dalam sistem negara AS.

Dia yang bekerja sebagai ejen insurans dan telah tinggal di sana selama tujuh tahun percaya bahawa ada beberapa kumpulan yang telah mengambil kesempatan terhadap protes ini.”Mereka menghancurkan gelas, mencuri barang, perabot dan mesin tunai,” katanya kepada The Star.

Untuk rekod, pegawai polis yang bertanggungjawab membunuh George Floyd telah ditahan pada Jumaat lalu. Dia kini didakwa atas tuduhan membunuh.

Minnesota sebelum ini tidak terkawal selepas kejadian pembunuhan lelaki Afrika-Amerika oleh pihak polis di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ibarat Filem The Purge, Minnesota Kini Tidak Terkawal Dan Bertukar ‘Medan Perang’ Kerana George Floyd

Tidak Sampai Seminit RM368,000 Lesap, Butik Louis Vuitton Dirompak Semasa Demo George Floyd

Sumber