Salah satu cara mudah untuk meningkatkan taraf hidup seseorang adalah dengan membuat pelaburan dalam emas.
Ramai mula menyedari kepentingan mempunyai simpanan fizikal emas kerana dilihat kalis inflasi berbanding wang kertas. Walaupun nilainya sentiasa naik, tidak bermaksud anda boleh membelinya tanpa membuat sebarang selidik terlebih dahulu.
Jika anda selalu melayari TikTok, boleh dilihat sejumlah ejen daripada pelbagai syarikat yang beriya mempromosikan emas seringgan 000.1g dengan harga sekitar RM5 ke RM10 kepada orang ramai.
Mereka dilihat beriya menjualnya dan mendakwa berbaloi kerana boleh dibeli secara kecil-kecilan mengikut bajet seseorang yang kurang berkemampuan tapi teringin menyimpan emas fizikal. Untuk menyakinkan orang ramai, mereka mendakwa emas senipis kulit bawang itu boleh dipajak atau dijual dengan mudah di kemudian hari.
Seorang wanita yang dikenali Ezlinda Yusof di akaun TikToknya bersedia membongkar kebenaran dakwaan yang menyatakan emas seringgan 000.1g atau 0.1g mudah untuk dijual di kedai-kedai pajak di luar sana.
Di dalam beberapa klip video yang dikongsikan, Puan Ezlinda telah pergi ke beberapa kedai emas atau pajak untuk melihat sejauh mana kebenaran penjual yang mengatakan emas dengan berat sebegitu mudah untuk didagangkan.
Tiba di kedai pertama, dia membawa emas dengan berat 000.1g dan bertanya jika mereka sedia menerimanya sebagai pajakan.
Pekerja kedai tersebut mendedahkan yang mereka sama sekali tidak mengambil emas tersebut kerana ia terlalu kecil sekaligus sukar tidak kesan beratnya malah tidak boleh melepasi ujian ketulenan yang mahu dilakukan.
“Kalau ini memang kita tak dapat ambil sebab terlalu kecil.. kita tak dapat test,” jawabnya kepada wanita terbabit.
@ezlindaismail Replying to @juneida75 Kedai Pajak lain pun tak nak ambil..🥺 Dengan Public Gold dah boleh menabung emas serendah RM100.. Daftar acc percuma, tekan Beg Biru ! Ezlinda Ismail Dealer Public Gold PG00865906 Public Gold | PG Mall https://www.publicgoldofficial.com/EZRenterprise #publicgold #G100Network #tipskewangan #trusteddealer #publicgoldshahalam #dealershahalam
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Tambahnya lagi, emas sebegini tidak berbaloi untuk dibeli dan sebaiknya pertimbangkan untuk ambil berat yang lebih relevan bertepatan dengan permintaan pasaran.
Walaupun sudah mengunjungi ke kedai berikutnya, jawapan yang sama telah dilontarkan kepada wanita berkenaan.
Lelaki yang bertugas di kedai ini juga mendakwa ia hanya satu pembaziran wang sahaja kerana tidak boleh dipajak.
Meskipun, didatangkan dengan emas 00.1g di dalam bentuk kad yang dikumpulkan sekaligus, sebarang kedai masih enggan mengambilnya.
Lebih teruk lagi, emas terbabit hanya ditawarkan RM30 sahaja walhal nak jual 1gram perlukan 1,000 keping cebisan emas 000.1g tersebut menerusinya.
Apabila harga yang dijual RM10 untuk 000.1g didarab dengan 1,000 keping bakal memberikan jumlah keseluruhan RM10,000 demi 1 gram semata-mata.
@ezlindaismail Replying to @idkyway Nak beli emas kena beli dengan cara yang betul untuk elakkan anda dari kerugian BESAR..Daftar acc emas Public Gold, percuma sahaja..Anda boleh kumpel gram dalam acc GAP, boleh beli gram emas serendah RM100 sahaja dapat juga 0.26+ gram..Kumpul banyak sikit, boleh terus keluarkan Goldbar/Dinar yang berat-berat..Nak jual/pajak pun senang 💪 Daftar acc percuma, tekan beg biru kat video ni! Ezlinda Ismail Dealer Public Gold PG00865906 Public Gold | PG Mall https://www.publicgoldofficial.com/EZRenterprise #publicgold #G100Network #tipskewangan #trusteddealer #publicgoldshahalam #dealershahalam
Perkongsian wanita itu langsung menjadi perhatian netizen dan membuka mata orang ramai bahawa pembelian emas bukannya mendatangkan untung jika tidak dipelajari terlebih dahulu.
Netizen turut khuatir kerana ramai yang terpedaya dengan ejen-ejen penjual emas sebegini yang dilihat sengaja mengambil keuntungan di atas kekurangan ilmu perihal tersebut.