Pada zaman sekarang ini, tuah bukan sekadar di ‘kaki ayam’ sahaja. Tuah juga boleh ‘terselit’ pada seekor ikan.
Baru-baru ini seorang pemancing dari Kuala Sala, Kedah telah berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM300,000 dalam satu pertandingan memancing di Kolam Titi Mega.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
Menerusi satu temu bual bersama pemenang, juara pancing tersebut berjaya membawa naik seekor ikan seberat 9 kilogram, sekaligus melayakkan beliau memenangi hadiah lumayan itu.
Menerusi komen-komen dikongsikan warganet, ramai terkejut pertandingan memancing boleh memberikan hadiah sebanyak itu kepada pemenang.
Difahamkan beberapa pemenang lain turut membawa pulang, RM20,000, RM10,000, RM7,000 dan RM2,000.
Netizen juga sempat berseloroh dengan menyatakan mereka merupakan ahli keluarga terpisah, rakan lama tak contact apabila mengetahui jumlah wang yang dimenanginya.
Reaksi pemenang yang serius semasa bergambar turut menjadi bualan netizen — “Dah menang pun muka serius ke?”.
Dalam pada itu, ramai warganet menyarankan pemenang untuk menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya.
“RM200,000 masuk ASB abang, lagi RM100,000 pakailah,” komen salah seorang netizen.