Pada hari semalam tular dua rakaman video di mana seorang wanita dipercayai petugas taska melakukan kekasaran terhadap dua orang bayi kecil.
Menurut ciapan @jnmalaysia, perakam video takut untuk membuat laporan polis. Jadi rakaman video dibuat sebagai bukti berlaku kekasaran terhadap kanak-kanak yang ada di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
Di dalam video pertama yang berdurasi kurang satu minit itu, kedengaran suara teriakan tangisan bayi sambil ‘ditindih’ oleh petugas taska terbabit.
Kejadian berlaku harini di sebuah taska. Pengadu takut nak buat report polis. Lokasi erea Mutiara Rini, Skudai Johor.
Tukang amik video tak berani nk report…tlg sebarkn semoga video ni smpi pd parents baby tu. Apa ni sebahagian drpd penderaan?
Via FB Sinar Hairan pic.twitter.com/WqZeGHWLOd
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) May 15, 2023
Wanita itu menjerit berulang-ulang kali meminta bayi itu diam, sambil mengoncang badan dan menepuk-nepuk kepala bayi itu beberapa kali.
Dalam video kedua pula, kekasaran berlaku kepada satu lagi bayi lain di mana petugas taska terbabit bangun daripada baringan lalu menggoncangkan badan bayi itu dan meletakkan semula kanak-kanak itu secara kasar.
Menurut pengguna Facebook Zurianty Sudin, bayi tersebut merupakan anak kepada salah seorang sepupunya.
Berdasarkan perkembangan terkini, pihak polis sudah mula buka kertas siasatan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga berada di balai polis dan pengasuh sudah dipanggil untuk memberikan kenyataan.
Dalam satu screenshot perbualan WhatsApp yang dikongsikan oleh ibu mangsa, pihak taska didakwa cuba minta ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa-mangsa yang lain.
Dalam pada itu, orang ramai mendoakan agar kesemua kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan di taska terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.
Netizen juga berharap YAM Che’ Puan Besar Khaleeda dapat membantu menegakkan keadilan seperti mana kes penderaan Bella pada tahun lalu.