Kecoh di media sosial beberapa lepas apabila penyanyi bernama Masya Masyitah telah membuka hijab dan mahu menjadi diri sendiri. Selain warganet, nampaknya pengarah terkemuka tempatan, David Teo turut memberikan nasihat pedas kepada artis tersebut.

Tindakan penerbit, David Teo, 59 menegur penyanyi tersebut dalam hantaran di Instagram telah menarik perhatian netizen.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Kebanyakannya yang meninggalkan komen berasa malu apabila individu bukan Islam seperti David tampil menasihatkan Masya dan berharap wanita muda itu sedar terhadap kekhilafan dilakukannya.

“Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.

“Walaupun iman kita berbolak-balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, David yang boleh disifatkan sebagai teguran seorang bapa kepada anak perempuannya turut mengajak orang ramai mendoakan Masya.

“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya,” tulisnya.

Rata-rata netizen menyokong nasihat positif diberikan David itu walaupun dia bukan Islam atau mualaf.

“Bukan muslim tegur yang muslim.. malunya ya Allah.. moga kita sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.. Makin ramai yang bertudung dah free hair.. Allahu.. Moga kita sempat bertaubat,” komen netizen.

“Mr David Teo tegur keliru siapa muslim sebenarnya ni. Semoga Mr David mendapat hidayah Allah SWT,” kata seorang komentar di media sosial pengarah itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar pengarah itu berhijrah kepada Islam kerana sudah memahami  perihal agama ini.