Sejak kebelakangan ini, ramai netizen yang mendakwa menerima panggilan misteri dengan nombor bermula 03 dan mengaitkan ia dengan panggilan penipuan.

Enggan menjadi mangsa, majoritinya memilih untuk tidak mengendahkan panggilan tersebut dan berkongsi di media sosial sebagai peringatan umum.

“Hari itu ada orang post Threads kan pasal nombor 03 tu panggil, kalini jadi dekat diri sendiri,” hantaran yang tular baru-baru ini.

Ramai Sangkakan Scammer, Rupanya Panggilan PLKN: Ini Senarai Nombor Rasmi Anda Wajib Tahu
Sumber Gambar: Threads

Hal ini kerana sudah kerap kali terpampang di media massa tentang taktik penipuan panggilan yang akhirnya menjerat mangsa.

Walau bagaimanapun, tanggapan tersebut meleset selepas pihak pengurusan PLKN menjelaskan bahawa panggilan berkenaan sebenarnya dibuat bagi mendapatkan pengesahan kehadiran calon, bukannya cubaan penipuan seperti yang didakwa oleh netizen.

Bagi mengurangkan rasa panik calon, pihak PLKN tampil dengan pendekatan yang lebih santai dan mesra. “Kita bukan scammer lah awak,” kata mereka dalam nada bergurau sebelum memulakan semula pertanyaan secara rasmi.

Panggilan tersebut sebenarnya bertujuan untuk membuat semakan sama ada calon sudah menyemak status mereka di dalam sistem atau sekiranya mereka pernah mendaftar secara sukarela sebelum ini.

Pihak PLKN turut berpesan agar calon tidak lagi mengabaikan panggilan daripada nombor rasmi tersebut demi kelancaran urusan pendaftaran.

Malah, pihak PLKN turut berkongsi satu grafik yang memperlihatkan senarai panggilan rasmi yang wajib anda tahu untuk semakan PLKN 3.0.

Ini senarai nombor telefon rasmi untuk bahagian unit pelatih PLKN:-

1. 03 -4013 3611

2. 03 -4013 3612

3. 03 -4013 3613

4. 03 -4013 3614

5. 03 -4013 3603

6. 03 -4013 3604

7. 03 -4013 3626

Ramai Sangkakan Scammer, Rupanya Panggilan PLKN: Ini Senarai Nombor Rasmi Anda Wajib Tahu
Sumber Gambar: Threads

Jika mempunyai sebarang persoalan atau maklumat yang ingin disemak, bolehlah menghantar emel terus kepada alamat emel [email protected]. Selepas pencerahan dari pihak PLKN, barulah netizen mula mengetahui perkara sebenar dan sedia menerima panggilan selepas ini.