Skuad Harimau Malaya bakal turun menghadapi perlawanan kedua kumpulan D aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang pasukan ranking 152 dunia, Taiwan di tempat lawan malam ini.

Berdasarkan rekod, Malaysia tidak pernah menang di tempat lawan dan tewas dalam tiga perlawanan terakhir di gelanggang Taiwan sejak tahun 2000 termasuk yang terbaharu tunduk 0-2 pada aksi persahabatan pada September 2018.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan untuk perlawanan ini penting kerana ia memberikan pulangan mata ranking FIFA sekaligus berpeluang mendaki dalam kelompok 120 dunia.

Justeru itu, pengendali pasukan, Kim Pan Gon perlu menyusun strategi terbaik bagi mengelakkan kesilapan dibolosi 3 gol ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan:

(Formasi: 4-3-3)

Ketika menentang Kyrgyzstan, Kim Pan Gon dilihat menggunakan formasi 3-4-3 dan ia berubah kepada 5-3-2 apabila bermain dengan corak bertahan.

Namun kali ini pengendali dari Korea Selatan itu dijangka akan kembali kepada formasi 4-3-3 seperti yang digunakan ketika aksi persahabatan menentang China bulan lalu.

Dion Cools dan Shahrul Saad bakal berganding di bahagian pertahanan selepas ketiadaan Dominic Tan yang disahkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Walaupun Brendan Gan mampamerkan prestasi kurang memaskan ketika aksi menentang Kyrgyzstan, namun khidmat beliau dijangka terus ditagih berdasarkan tahap kecergasan yang dimiliki oleh pemain tersebut.

Tonggak tengah JDT, Afiq Fazail juga mungkin diturunkan untuk memainkan dua peranan sebagai arkitek pasukan dan tengah bertahan (defensive midfielder) bagi membantu mengekang kemaraan jentera serangan Taiwan.

Di posisi penyerang, Kim Pan Gon dijangka mengekalkan Darren Lok sebagai ‘target man’ sambil dibantu oleh dua pemain sayap prolifik iaitu Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Adakah skuad Harimau Malaya akan melakar satu lagi kemenangan malam ini? Sama-sama kita saksikan.