Makanan budaya orang Malaysia, iaitu kuih lapis telah dipaparkan di dalam rancangan The Great Australian Bake Off.

Di dalam sebuah video di TikTok, seorang pengacara Rachel Khoo telah berkongsi keenakan Kuik Lapis bersama tetamu undangannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau yang mempunyai bapa seorang rakyat Malaysia berkongsi bagaimana kuih lapis telah membawanya kembali ke zaman kanak-kanak.

Akaun Tiktok dengan Binge itu menulis di bahagian kapsyen, “Memperkenalkan masakan minggu ini: kek lapis pelangi!”

Dalam video tersebut, Khoo menerangkan cara membuat kuih lapis.

@binge

Introducing this week’s technical bake: a rainbow lapis cake! #greataustralianbakeoff #gabo #thegreataustralianbakeoff #bakeoffaustralia #bakeoffau #darrenpurchese #rachelkhoo #rainbowlapis #rainbowlapiscake

♬ original sound – BINGE – BINGE

“Apabila saya melihat kek ini, saya hanya perlu tersenyum kerana ini adalah kek dari zaman kanak-kanak saya.”

“Kek ini sangat terkenal di Asia Tenggara. Diperbuat daripada kelapa, tepung ubi kayu dan tepung beras. Ia sebenarnya dikukus, jadi anda tidak memerlukan ketuhar untuk kek ini,” katanya.

Tetamunya dalam The Great Australian Bake Off, Darren Purchese, menambah, “Saya rasa ia adalah kek yang sempurna untuk International Week.”

Khoo seterusnya menjelaskan bahawa anda tidak memerlukan sudu atau garpu untuk menikmati kuih lapis.

Kek lapis pelangi yang dibuat oleh Khoo mempunyai 9 lapisan berwarna-warni yang cantik. Kelihatan di akhir video kedua mereka mencuba satu per satu lapisan tersebut.