Thailand kini merupakan pasukan nombor satu di Asia Tenggara menurut kemaskini terbaharu ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan Februari 2024.
Mereka berada di ranking 101 dunia sekaligus merampas gelaran nombor satu Asia Tenggara daripada Vietnam yang jatuh mendadak ke tangga 105 dunia selepas 6 tahun.

Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Thailand Semakin Hampiri Kelompok Ranking 100 Dunia
- Madame Pang Kini Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand
- Tersingkir Piala Asia 2023, Ranking Vietnam Jatuh Mendadak
Manakala Malaysia yang berada di ranking 132 dunia kekal nombor tiga di belakang dua negara tersebut.
The official FIFA rankings are outβ¦
Thailand returns to the top of ASEAN after six years!
The Kings π of ASEAN are back πΉππ
Next stop, top 100β¦ π pic.twitter.com/suzv6uEV5p
— Thai League Central (@TL_Central) February 15, 2024
Kejayaan Thailand itu dibantu oleh pencapaian cemerlang mereka dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar apabila berjaya melangkah ke pusingan 16 selaku naib juara kumpulan F.
Ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan, Thailand menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dan ia memberikan pulangan mata ranking yang cukup banyak.
Hasil kemenangan tersebut, Thailand mendapat tambahan mata sebanyak +18.99 dan terus melonjak 8 anak tangga ke 105 dunia.
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
πΉπ Thailand 2-0 π°π¬ KyrgyzstanPoints after match
πΉπ 1194.97 (+ 18.99)
π°π¬ 1201.39 (- 18.99)Rankings after match
πΉπ 105 (πΌ 8)
π°π¬ 101 (π½ 3)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 17, 2024
Kemudian mereka mencatat keputusan seri tanpa jaringan ke atas Oman dan Arab Saudi sekaligus mengutip mata berjumlah +1206.58 sehingga melonjak ke tangga 101 dunia.
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
πΈπ¦ Saudi Arabia 0-0 πΉπ ThailandPoints after match
πΈπ¦ 1437.86 (- 7.72)
πΉπ 1206.58 (+ 7.72)Rankings after match
πΈπ¦ 52 (π½ 1)
πΉπ 101 (πΌ 1)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 26, 2024
Malah, Thailand berpotensi berada dalam kelompok ranking 100 dunia jika mencatat keputusan seri atau menang ke atas Korea Selatan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan Mac ini.
Vietnam juga mampu kembali memotong kedudukan Thailand jika mereka konsisten mencatat dua kemenangan ke atas Indonesia dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 nanti.
Kemenangan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia cukup penting kerana ia menawarkan mata ranking lebih besar daripada aksi persahabatan antarabangsa.