Pada petang tadi Stesen LRT Masjid Jamek digemparkan dengan insiden salah satu panel dinding runtuh.

Dalam satu kenyataan rasmi Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat pada jam 4.04 petang.

Baca Juga:

“Walau bagaimanapun, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan bangunan.

“Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.

“Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang ditujui,” kata Rapid Rail.

Rapid Rail Tubuh Jawatankuasa Siasat Punca Panel Dinding Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh
Sumber Gambar: Facebook Nabil Nazri

Menurutnya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat puncak kejadian tersebut secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

“Anggota Polis Bantuan tambahan telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang pada ketika ini.

“Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL,” katanya lagi.

Sumber