Norway merupakan salah satu negara peneraju global dalam akuakultur. Ini kerana air laut yang bersih dan segar yang menyediakan keadaan yang baik untuk operasi aktiviti akuakultur marin yang mampan.

Oleh sebab itu, ikan merupakan salah satu makanan utama di negara tersebut.

Baca Juga:

Baru-baru ini tular seorang wanita Malaysia, Norazira Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai ‘Kakak Norway’ di TikTok berkongsi resipi memasak ‘daging ikan paus berlado’.

@kakaknorway.official

Dalam keadaan yang tak berapa sihat, Saya pergi ke kedai beli beberapa barang keperluan. “Hmm… Nak masak apa ya? Mungkin ikan la kot. Lama dah tak makan ikan. ” Saya pi bahagian ikan di Rema1000, Jumpa daging ikan paus. Harga 3 keping daging ikan paus: 87.90 kroner. Daging ikan paus ni biasa saya buat masak samada: Masak lemak ciliapi Atau Berlado Ada orang Malaysia di Norway yang buat rendang ikan paus, Ada jugak yang pernah buat kari. Untuk saya, 2 menu tu aje. Disini saya sertakan resepi daging ikan paus berlado: Daging ikan paus Berlado 🌶️🌶️ 500g daging – basuh dengan lemon dan tepung,hiris nipis Gorengkan dengan serbuk kunyit dan garam *5-6 tangkai cili merah – boleh campur cili kering *4 biji cili padi merah – ikut kepedasan masing2 *4 biji bawang merah *2 ulas bawang putih (semua bahan * kisar /tumbuk agak kasar) 1 inci halia ketuk sedikit jus limau garam dan sedikit gula Cara-cara Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh, tak perlu sampai garing. Angkat. Masukkan bahan kisar dan juga halia, tumis hingga pecah minyak. Masukkan jus limau, Perasakan dengan garam serbuk perasa. Akhir sekali masukkan daging goreng dan kacau rata. Matikan api. Hidangkan dengan nasi putih hangat. Namun, Saya guna sambal balado segera brand Kokita. Yang ni, Sebaiknya tambah garam atau sos ikan, Serta cilipadi atau cili besar. Nak “kick” lagii, Buat sambal belacan. Pergh… Selamat mencuba. kalian makan apa tu? #ikanpaus #ikanpausbiru #resepimudah #resepi #kakaknorway #tiktokmalaysia #foryourpage #fyp

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Memetik hantaran video Kakak Norway, beliau membeli daging ikan paus itu di pasaraya sewaktu mencari beberapa barang keperluan.

Daging ikan paus ni biasa saya buat masak samada; masak lemak cili api atau masak berlado.

“Ada orang Malaysia di Norway yang buat rendang ikan paus,
Ada jugak yang pernah buat kari,” jelasnya.

Difahamkan untuk 3 keping daging ikan paus, harganya 87.90 Krone atau RM39.35 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Perkongsian Kakak Norway telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang terkejut apabila mengetahui ikan paus boleh dimakan.

Menurut wanita itu, rasa daging ikan paus sama lebih kurang macam rasa hati daging lembu.

'Kena Potong Ikut Urat' – Wanita Malaysia Ini Kongsi Resepi Masak Daging Ikan Paus Berlado
Sumber Gambar: TikTok @kakaknorway.official
'Kena Potong Ikut Urat' – Wanita Malaysia Ini Kongsi Resepi Masak Daging Ikan Paus Berlado
Sumber Gambar: TikTok @kakaknorway.official
Sumber Gambar: TikTok @kakaknorway.official
'Kena Potong Ikut Urat' – Wanita Malaysia Ini Kongsi Resepi Masak Daging Ikan Paus Berlado
Sumber Gambar: TikTok @kakaknorway.official

Pada masa sama ada yang tertanya kenapa isi ikan paus dipanggil ‘daging’. Warganet yang lain menjawab ia kerana haiwan tersebut dikategorikan sebagai mamalia (ia melahirkan anak, bukan bertelur) walaupun hidup di dalam laut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba masak ikan paus sendiri, Kakak Norway memberitahu daging ikan itu ada dijual di beberapa pasaraya terkemuka di Kuala Lumpur.

Anda boleh tonton video penuh resipi daging ikan paus masak berlado yang kami kongsikan di atas.

Jika anda ragu-ragu sama ada ikan paus halal dimakan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada mengupas lebih lanjut di sinikami berpendapat bahawa ikan paus adalah halal dimakan. Hal ini adalah berdasarkan kepada keumuman nas yang menghalalkan semua hidupan laut dan bangkainya selagi mana tiada dalil lain yang menunjukkan kepada pengharamannya dan tidak memudaratkan. Apatah lagi, terdapat hadith sahih yang menunjukkan Nabi SAW dan para sahabat pernah memakan ikan paus yang dipanggil sebagai al-Anbar yang dijumpai terdampar di tepi pantai.