Sejak kehadiran platform TikTok, dapat dilihat pelbagai video pendek yang tular berikutan konten yang disajikan. Terdapat konten yang berjaya tular kerana mampu memberi manfaat kepada orang ramai dan ada juga sebaliknya.
Terbaharu, tular sebuah video di mana sekumpulan lelaki ini memilih untuk menginap di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur. Dalam pada itu, hotel tersebut didapati tidak menyediakan sudu atau mangkuk.
Menerusi perkongsian TikTok @nielakee, mereka telah memilih untuk memasak dan menjamah mi segera di sinki bilik air. Dikhabarkan mereka sanggup melakukannya kerana terlalu lapar dan gagal mendapatkan Maggi cup.
https://www.tiktok.com/@nielakee/video/7048272987262373147?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7028262985488434689
Kumpulan ini turut berkongsi pengalaman menjamah Maggi di bilik air di mana rasanya tawar berikutan jumlah air yang banyak digunakan. Walau bagaimanapun, dua bungkus mi segera tersebut habis dijamah.
Tindakan yang dipaparkan nyata membuat netizen geli membayangkan sinki bilik air sering kali digunakan ramai untuk membersihkan diri. Malah ramai yang hairan mengetahui bagaimana kumpulan ini sanggup menjamah mi segera di bilik air berikutan gagal mendapatkan Maggi cup. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengikuti tindakan yang dilakukan konten yang tular ini kerana dikhuatiri makanan yang dijamah mengandungi kuman terkandung pada sinki berkenaan.
Tular pada minggu ini apabila seorang kanak-kanak terpaksa jalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku.
Angkara Trend ‘Nasi Paku’, Seorang Kanak-Kanak Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan
Bermula Sebagai Hobi, Wanita Ini Tidak Sangka Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee