Ramadan berlalu dan Syawal pun tiba. Bagaimana dengan sambutan perayaan anda? Pastinya Syawal ini menjadi saat indah untuk anda bertemu serta bersalam-salaman bersama ibu bapa dan sanak-saudara.
Sebut mengenai Hari Raya, tidak sah rasanya jika tidak menikmati juadah hari raya. Sebut sahaja, ketupat, lemang, rendang, pastinya semua tersedia di hampir setiap rumah yang dikunjungi.
Malah, Hari Raya juga menjadi musim di mana kita semua dapat berkumpul beramai-ramai bergembira dalam meraikan juadah yang istimewa ini. Mereka yang menyediakan hidangan raya ini sememangnya hero yang patut kita semua hargai.
Semua tukang masak wajar dihargai sama ada memasak untuk keluarga mahupun komuniti
Buat anda yang pulang ke kampung beraya, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih dan hargai mereka yang bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah Hari Raya. Selain memohon kemaafan, jangan lupa juga ucapkan terima kasih buat mereka yang memasak hidangan Hari Raya buat anda.
Berbincang mengenai Hari Raya, pastinya MAGGI® yang menjadi peneman setia di dapur. Tidak kira apa jenis masakan mahupun hidangan, MAGGI® sentiasa membantu serta menghargai para tukang masak seluruh dunia.
Untuk pengetahuan, tukang masak komuniti sememangnya memainkan peranan penting dalam kawasan setempat. Mampu menghasilkan makanan yang enak serta mengenyangkan perut orang ramai antara yang membuatkan kehadiran mereka dihargai.
Sehubungan dengan itu, MAGGI® sempena Ramadan ini tampil dengan inisiatif dalam menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan bubur lambuk yang dijayakan menerusi gotong-royong bersama Tukang Masak PPR dan penduduk setempat sebelum diagihkan kepada orang ramai.
Tukang masak PPR berjaya siapkan ribuan bubur lambuk untuk diagihkan bersama komuniti setempat
Chef Abd Ghani
Encik Abd Ghani, berusia 68 tahun merupakan Ketua Tukang Masak yang setia di PPR Desa Rejang selama 25 tahun. Beliau terkenal dengan kepakaran dan minatnya dalam menyediakan hidangan untuk komuniti tempatan.
“Saya sangat gembira melihat penduduk menikmati hidangan yang saya sediakan, terutamanya golongan-golongan asnaf yang memerlukan.
Terima kasih kepada MAGGI® atas sokongan mereka, yang membolehkan saya terus memasak bubur lambuk dan berbakti kepada komuniti pada bulan Ramadan.” ulas Encik Abd Ghani.
Chef Marsitah Binti Daud
Menerusi perkongsian segmen ‘Dikaulah Jiwa Raya’ Cef Marsitah yang merupakan seorang ibu berusia 48 tahun tampil berkongsi di mana beliau mulai memasak sejak dari tahun 2019 di mana beliau mendapati pekerja-pekerja di Jabatan Perhutanan Negeri Johor tidak mendapat makanan dengan nutrisi yang mencukupi.
Beliau seterusnya berasa bertanggungjawab untuk menyalurkan tenaga dan skil memasak dalam menghasilkan makanan yang berkhasiat bagi membantu para pekerja bertugas.
Chef Marsitah sentiasa mementingkan keikhlasan dan kesungguhan dalam setiap masakan yang dihasilkan.
“Minimum saya masak adalah sekitar 50 – 300 pek. Untuk bulan puasa kita menahan lapar dan dahaga. Kita tak cukup tenaga. Saya harus masuk ke dalam hutan untuk jalankan tanggungjawab saya sebagai tukang masak.
Tidak dapat saya gambarkan kepuasan melihat pekerja-pekerja bahagian perhutanan menikmati makanan yang berkhasiat, saya juga dapat menyalurkan kasih sayang dengan sentuhan istimewa daripada seorang ibu” kongsi Marsitah.
Hargai tukang masak yang berusaha keras menyediakan juadah anda
Seakan hero di dunia sebenar, hanya Tuhan yang mampu membalas apa yang diusahakan tukang masak serta penduduk setempat dalam membolehkan orang ramai menikmati bubur lambuk yang enak di bulan Ramadan yang mulia ini.
Perkongsian yang sangat menyentuh jiwa daripada para tukang masak. Anda juga boleh mengambil inspirasi daripada tukang masak ini untuk terus berbuat baik sesama orang ramai.
Tanpa mereka, pastinya ramai yang tidak dapat menikmati juadah yang enak dan berkhasiat. Sememangnya wajar dihargai dan dijadikan inspirasi!
Tidak hanya tertakluk kepada tukang masak, hargailah mereka yang berusaha keras dalam menyediakan juadah di rumah mahupun di mana sahaja.
Sesuai dengan intipati bulan Syawal, tidak hanya memaafkan namun menghargai serta mensyukuri setiap insan yang kita kenali. Ayuh! Ucapkan terima kasih buat mereka yang memasak untuk kita semua dalam memastikan perayaan berjalan lancar dan meriah.