Sekumpulan penyokong kelab Israel, Maccabi Tel Aviv dibelasah selepas perlawanan menentang Ajax Amsterdam dalam saingan UEFA Europa League 2024/2025 baru-baru ini.
Sebelum perlawanan bermula, pemain, pegawai serta pengadil memberikan penghormatan selama satu minit kepada mangsa bajir kilat Valencia yang mengorbankan ratusan jiwa.
Baca Juga:
- Aplikasi Waze Malaysia ‘Auto’ Tukar Bahasa Hebrew, Ini Cara Israel Sabotaj Malaysia?
- Ultras PSG Melawan Arus, Laung Sokongan Terhadap Palestine
- Pemain Morocco Ini Digugurkan Kerana Sokong Palestine
Akan tetapi, penyokong Maccabi berperangai seperti monyet dimana mereka membuat bising ketika satu stadium senyap dan juga melaungkan nyanyian yang berbaur perkauman kepada orang Arab.
⚡️BREAKING: Maccabi Tel Aviv hooligans are getting attacked right now in the Netherlands after ignoring the minute of silence for Valencia victims and singing racist chants about extermination of Arabs.
Dutch Moroccans are making them aware that this isn’t Israel. pic.twitter.com/LKJEkgHgLu
— Suppressed News. (@SuppressedNws) November 8, 2024
Kumpulan hooligans Ajax yang terdiri daripada orang berketurunan Morocco kemudiannya menyerang penyokong Maccabi yang baru saja keluar dari stadium.
Selain membelasah kumpulan penyokong kelab tersebut, hooligans Ajax juga merampas beberapa barang antaranya pasport dimana mereka menjumpai ada penyokong yang merupakan ahli Tentera Pertahanan Israel (IDF).
Selain berperangai seperti monyet di dalam stadium, penyokong Maccabi turut membuat kekecohan sebelum perlawanan bermula dimana mereka merosakkan beberapa kemudahan di bandar Amsterdam.
Mereka juga menurunkan serta mengoyakkan bendera Palestine yang digantung di luar bangunan dan perkara ini membangkitkan kemarahan hooligans Ajax.
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan ramai yang bersetuju dengan tindakan penyokong Ajax dimana mereka tidak membenarkan rakyat zionis membuat kekecohan di bandar mereka.
Dalam perlawanan di Johan Cruyff Arena, Ajax berjaya mencatat kemenangan besar dimana mereka membelasah Maccabi dengan keputusan 5-0.
Kemenangan ini meletakkan Ajax di tangga kedua dalam carta liga dimana mereka mengutip 10 mata selepas menghadapi empat perlawanan, dua mata dibelakang Lazio yang menghuni tangga teratas.